Want your
own Fotopage?


















 
Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Jul-2010 10:52 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - KAK SHIDA

 
 
 
Another series of Shimmering Flora. Sebenarnya untuk tatapan Kak Shida dulu. Hopefully kak Shida happy.

Nak jahit SF nih tak susah, kadangkala pemilihan colour yang sesuai, penat punggah manik/labuci, keluar masuk, keluar masuk stor. Maklumlah nak susun manik dalam bekas pun dah takde masa. Nak beli bekas besar pun tak beli2. Sudahnya saya agihkan semua jenis labuci dan manik dalam plastik bag mengikut jenis dan warna. Hah pilihlah kat situ. Jadinya tempat menyimpan manik saya ada kat mana2. Memang tak organise langsung. Itu yang penat.... lenguh pinggang.... . Pernah suruh pembantu rumah saya susun, sudahnya saya yang penat kena buat kerja dua tiga kali, susun balik ikut warna dalam setiap bekas besar. Last2..hmmm... gasaklah situ, ada masa saya buat, takde masa , duduk diam2. Janji saya tau kat mana letaknya barang2 jahit saya bila diperlukan.

Okay, enjoy the pictures.








Betul tu Nora...especially manik yg dah tinggal sikit jer..nak buat sehelai baju pun tak cukup, tapi takkan nak buang...bekasnya memakan ruang betul...tapi yg sikit2 tu boleh buat Crumble.... Fri 30-Jul-2010 06:07
Posted by:zaimanik beadingtreasure@gmail.com  - [Link]
Nora...kat Seremban...org tx berani nx tempah SF.... diorg berani gi SSF jer...!!! As usual...marvellesss dear...!!! Fri 30-Jul-2010 07:37
Posted by:SarimahSalleh asimah6469@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 5-Jul-2010 07:19 Email | Share | | Bookmark
ANGGUNNYA AIN

 
 
 
Baju ke 3 Azeanny. Kali ni Yan nak corak yang sama dengan baju Johan Pertandingan Sulaman Manik Labuci 2009 anjuran pihak FTIMdc. Kredit to cik adik manis, Ain. Cuma baju ni saya tidak mengaplikasikan sulaman benang. Kalau buat sulaman benang, memang nampak gaya, saya tak boleh menyerahkannya kepada Yan sewaktu Yan menyertai kelas sulaman manik/labuci/benang yang saya anjurkan di Kelantan baru-baru ini.

Jawapan yang sama ketika diajukan soalan kepadanya sewaktu Yan ingin menempah lagi baju raya. “Kenapa tak jahit sendiri walaupun dah masuk kelas”. “Takde masa” kata Yan. “Akak tak nak duit saya ke….? “ … Okaylah Yan, kalau nak bagi rezeki, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak, ye tak….?"

Okay, let’s see the pictures. InsyaAllah, akan diupload from time to time k. Buat yang sentiasa melawat FP saya, semoga penantian setia adik2 dan kakak2 dapat diubati. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menjadikan gambar2 yang terdapat dalam FP saya sebagai insiprasi.





Quote:

1. Wan=> Tq Wan, Kak Nora pun stuju dengan pendapat Wan, colour combination memang penting. Ramai orang boleh jahit, tapi menghadapi dilemma kalau bab pilih colour. Kak Nora pun selalu pening dan penat nak pilih colour, sometimes it takes me few hours to choose the colours. Masih lagi dalam proses pembelajaran dalam memilih colour. Salah sorang cikgu Kak Nora kata, maximum colour is 3-4, tapi pelbagaikan ton warna.

2. Dana=> Tq Dana, sebab jadikan FP kak Nora salah satu sumber inspirasi.

3. Liza=> Kelas memang sentiasa ada dalam bulan Julai ini. Cuma kak Nora tak publish dalam FP, sesiapa berminat boleh call. Kelas diadakan hanya pada hari Sabtu atau Ahad. Kelas terakhir akan diadakan minggu terakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan.

4. Mummy=> Sure mummy boleh…

5. Noris=> Waalaikumsalam, terima kasih and semoga Noris pun success dalam bidang sulaman dan dilimpahkan rezeki. Amin.

6. Lieyzaa=> Tq Lieyzaa, Untuk bunga ni ada 3 teknik yang telah digunapakai. Kelopak bahagian luar (1st layer) guna teknik labuci bersayap, 2nd layer, guna teknik sisik ikan, bahagian tengah/inti, boleh guna teknik cendawan/3 serangkai atau labuci bersayap (guna labuci mangkuk yang kecil berbentuk bunga).

7. Noriza=> Sebenarnya kak Nora bukan punya idea nih. Kak Nora ikut idea adik Ain kita, Johan pertandingan sulaman tahun 2009. Sesuai dengan title yang disandang, hasil sulaman Ain memang sangat halus dan tak puas mata memandang.

8. Kak Sarimah=> Kak Sarimah, takpe kak raya puasa ada 30 hari, paling kurang, mau ada 5-6 pasang baju raya akak. Design2 yang ada boleh dijadikan panduan. Sompek laie kalau nak jaet.

9. Kak Roza @ Kak Eta=> Salam kekanda yang baik budiman, alhamdulillah, saya sihat, dan semaikin SIHAT. Hint2.
Rumah terbuka, insyaAllah, apa salahnya kalau sahabat sekelian sudi bertandang ke rumah saya, semoga kehadiran semua membuatkan rumah saya sentiasa bersinar2 dipancari kilauan manik, labuci, kristal dan sebagainya. Sediakan spek hitam yea, untuk langkah keselamatan. Hahahhahaha

10. Nilam sari=> Terima kasih kerana meminati jahitan akak. Cuma akak ni tak menjual tutorial. Sekadar berkongsi tips dan ilmu sewaktu kelas dijalankan.

11. Fara=> Salam Fara, Untuk kelas di Kuala Terengganu, buat masa terdekat sehingga akhir tahun memang kak Nora freezekan aktiviti kelas di luar kawasan, hanya di Puchong Selangor sahaja. Tentang tutorial tuh, adik boleh membeli buku2 Rozita Jaafar yang lengkap dengan gambar dan teknik menyulam.

12. Halizda=> Terima kasih. Make sure eh... salah satu gambar2 yang Lizda print tuh, jadikan ianya kenyataan untuk baju Lizda, Insyaallah, sure boleh punya.

13. Zura=.> Waalaikumsalam, salam perkenalan jua... Kepuasan pelanggan menjadi kepuasan kita jugak. Penat lelah terbayar melihatkan pelanggan tersenyum puas.

14. Azie=> Tq Azie, frankly speaking, saya banyak pelajari teknik colour combination melalui observation di buku sulaman Kebaya Nyonya RJ dan buku2 sulaman2 yang lain. Selepas itu, mana2 bunga sulaman yang terdapat di kebaya Nyonya, telekung, tudung bawal dan sebagainya, saya jadikan panduan sewaktu menyulam baju2 customer saya. Selagi minat dan usaha yang belum pudar ini, selagi itulah ilmu sentiasa dicari. InsyaAllah.



Various people in every country receive the <a href="http://bestfinance-blog.com">loan</a> in various creditors, because it's easy. Sun 25-Jul-2010 05:10
Posted by:JacquelynPalmer30 pamelathorn@mail15.com  - [Link]
PAKEJ PERKAHWINAN DAN PELAMIN DRENJIS BRIDAL 2010
Lawatilah: http://jodohkankita.blogspot.com
http://jodohkankita.fotopages.com
hubungi:Liny 0133084008

Fesyen Hari Raya 2010 Lawatilah http://butiktropika.blogspot.com
Sun 25-Jul-2010 11:37
Posted by:unnamed
kak Nora, klu upah jahit sebiji macam baju biru tu berapa. 1. Tangan + leher = ? Dan Tangan sahaja = ? balas kat email kak yea..TQ Fri 30-Jul-2010 09:26
Posted by:Ayu irineayu@yahoo.com
View all 27 comments Add comment


Saturday, 3-Jul-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
KELAS SULAMAN DI KELANTAN

 
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri Kelas Sulaman mengikut pakej yang anda inginkan (sila lihat pakej kelas sulaman di bawah), saya akan mengadakan kelas berdasarkan maklumat seperti berikut:-

MAKLUMAT KELAS

Tarikh : Sabtu,3 Julai 2010
Masa : 9.00 AM - 6.00 PM
Tempat : Lot 728, Jalan Masjid Lundang, Taman Restu, Belakang PMU-TNB (Pencawang Masuk Utama), 15150 Kota Bahru, Kelantan (2 minutes driving from KBMC / Kedai Nasi Kak Wok.


PAKEJ MANIK LABUCI
Teknik : 20 Teknik Sulaman Manik & Labuci
Yuran: RM 250

PAKEJ BENANG
Teknik : 15 Teknik Sulaman Benang
Yuran: RM 250

PAKEJ MANIK LABUCI & BENANG (Baru)
Teknik : 10 Teknik Sulaman Manik & Labuci + 7 Teknik Sulaman Benang
Yuran: RM 250

KENAPA NORAMANIK?

1. Berpengalaman dengan teknik pengajaran yang baik.
2. Berpengalaman menjahit (hands-on experience) pelbagai jenis baju dengan pelbagai penggunaan material.
3. Harga yuran yang berpatutan.
4. Minum Pagi dan Petang serta Makan Tengahari disediakan.
5. Sijil Penyertaan yang akan diberikan julung kali nya bermula pada Tahun 2010.
6. Hadiah Eksklusif kepada mereka yang membawa seramai 5 Peserta ke atas.
7. Peralatan jahitan disediakan.


*** Untuk makluman mengenai Hadiah Eksklusif daripada pihak Noramanik, sila buat pertanyaan melalui telefon kepada saya, Nora di +6012 365 4519. ***


PROSES PEMBAYARAN

1. Membuat pembayaran Pra-Pendaftaran sebanyak RM 100.00 ke Akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman.
2. Maklumkan kepada saya mengenai maklumat pembayaran Pra-Pendaftaran (Nama penuh, Tarikh & Masa pembayaran DAN Pakej Pilihan) melalui Email : nora.beads@yahoo.com / Tel : +6012 365 4519.
3. Pengesahan Pra-Pendaftaran anda akan dibuat melalui email anda.
4. Baki pembayaran yuran hendaklah dibuat semasa Pendaftaran kelas seperti yang tertera di MAKLUMAT KELAS di atas.

Sekian, Salam Sayang,
Nora.

PENGESAHAN PENYERTAAN
1. Dayang Robiah Bt. Mohd Munir - KB
2. Kak Aida - KB
3. Wan Rohaya Bt. Wan Mamat - Jengka, Pahang
4. Nur Hafizah Bt. Ahmad Tajul
5. Harnani Bt. Husain
6. Noor Hafizah Bt. Mohd Shah
7. Norfianti Bt. Mohd
8. Norhasliza Bt. Husain - Wakaf Bharu
9. Yusrizam Bt. Yusop
10. Siti Zuraida Bt. Ibrahim
11. Zaimah Bt. Che Dollah
12. Sakiah Bt. Yusoff
13. Robiatul Adawiah Bt. Mahasan
14. Sharifah Bt. Mat Said
15. Norfaradiza Bt. Mohd Noor
16. Sarini Bt. Ab Rahman
17. Sarena Bt. Hassan
18. Ira Atila
19. Noor Azeany Bt. Arifin


amboi!!!! bestnya k.nora pi kelantan...semoga terus berjaya & berjaya & berjaya & lagi....
miss u...
Tue 29-Jun-2010 05:43
Posted by:fus-ha fusha80@gmail.com
Let's go to http://www.toetoeshoes.com to buy jordans shoes. Thu 1-Jul-2010 08:04
Posted by:jordan kicks  - [Link]
"PELAJARI RAHSIA MENJADI JUTAWAN ONLINE & MENJANA RM555,750.00
DARI PRODUK ORANG LAIN!" bersama duta Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood.
Sila daftar PERCUMA di http://www.aroma2u.biz/affamie
Tue 6-Jul-2010 03:05
Posted by:affamie  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Tuesday, 22-Jun-2010 05:26 Email | Share | | Bookmark
BAJU NIKAH - RINI'S NIECE

 
 
 
View all 5 photos...
Masih dalam proses menyiapkan sulaman manik untuk baju pernikahan Rini. Tinggal nak siapkan sedikit lagi di bahagian badan dan di tangan. Rini nak tengok dulu sebahagian sentuhan yang dilakukan....? Amacam Rini... Errrr okay ke...?




5 Julai 2010
Alhamdulillah, sempat saya menyiapkan baju ni dan menyerahkan kepada Rini sewaktu kelas saya di Kelantan. Sebenarnya baju ni baju nikah anak saudara Rini. Saya tersilap dengar, ingatkan baju nikah Rini, rupa2nya Rini sudahpun bergelar isteri dan ibu kepada 2 orang anak.
Ada 2 helai baju Rini yang menanti dalam simpanan saya. dan insyaAllah sekiranya ada rezeki, beliau akan hantar lagi. Pabila ditanya kenapa nak hantar baju lagi setelah menghadiri kelas saya di Kelantan. Jawapannya, beliau tak sempat nak jahit baju sendiri sebab dia ni tailor, banyak baju orang yang nak dijahit. Saya tak terkata apa.... beginilah penangan yang sering kali kedengaran pada si tukang jahit, tukang buat kuih raya dan sebagainya.... Don't worry Rini, kita serupa....






Quote:

1. Mira=> Salam Mira, thanks. Bukan 100% from my idea. From the observation, tips, info, so kita boleh enhancekan semula basic yang kita perolehi.

cantiknyer baju nie...pilihan color yg sweet sgt....
terpegun seketika...
tp kain x rosak ker kak lau jahit penuh sgt mcm nie?
Wed 21-Jul-2010 17:49
Posted by:siti sitihajarmahmod@yahoo.com.my
cantiknye baju nikah anak buah rini tu... boleh kongsi pattern dia tak?... sila la ke blog saya... . tolong comment hasil kerja saya.... Fri 30-Jul-2010 01:48
Posted by:mia daniaamani56@gmail.com
cantiknyerrrr Fri 30-Jul-2010 01:50
Posted by:mia daniaamani56@gmail.com
View all 9 comments Add comment


Friday, 18-Jun-2010 08:44 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - ADLINA

 
 
 
Baju Ad yang ke2. Shimmering Flora hanya untuk tangan sahaja. Enjoy your view.






Quote:

1. Lieyzaa=> tq Lieyzaa... and congrats jadi the first one.



assalamualaikum.
dah lama tk jenguk fp nora. berkenan betul dgn pattern baru esp 'menora'. baju biru kak odie pun blh thn juga. blh tahu harga kedua2 pattern? sy ingat nk hntr baju. terima lagi ke utk raya ni?
Fri 16-Jul-2010 08:28
Posted by:haida majid haida71@yahoo.com.my
tumpang lalu tuan rumah...

jom shopping handbags dan wallet di http://mamacollections.com

:
Sun 18-Jul-2010 09:21
Posted by:MAMA
odie pun blh thn juga. blh tahu harga kedua2 pattern? sy ingat nk hntr baju. terima lagi ke utk raya ni? Sat 24-Jul-2010 02:05
Posted by:vibram imissmichael@hotmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Thursday, 10-Jun-2010 11:32 Email | Share | | Bookmark
KAK ODIE

 
 
Asalnya baju ini mempunyai sulaman kerawang. Memandangkan Kak Odie kata warna benang sulamannya tak menyerlah, jadi dia memberi saya mandat untuk menaikkan lagi seri sulaman kerawang yang sedia ada. Jadi inilah hasilnya. Alhamdulillah, penat terbalas apabila Kak Odie benar2 gumbira dengan hasil kerjatangan saya.





Quote:

1. Kak Dzila=> Pewittt... tq2, cuba2 buat design lain pulak kak, mana tau boleh makin kembang idea lagi dan lagi..

2. Dana=> Sebenarnya permintaan dari kak Odie, dia kata dia nak contra colour e.g pink colour. Yes, 'taruhan'nya menjadi, memang betul kata Dana, sweet colournya.

3. Watie=> Thanks Wati, apa2pun, baju orang dik... bestnya kalau dapat kat baju sendiri kan...? Kalau dapat buat baju sendiri, baru kak Nora meletups.

4. Rozza=> tq2 for your compliment.

5. Azira=> tq Azira

6. Kak Sarimah=> tq kak...

7. Wan=> Tq Wan, yes agree dengan Wan, simple but elegant.
InsyaAllah, mudah2an sampailah jugak kak Nora ke Negeri Kelantan nanti. Kena belajar sikit2 cakap orang Kelantan, tapi takper, kawan2 office ramai orang kelantan n utara, dah biasa dengar dengar cakap kelantan.

Baju kurung moden eksklusif hanya rm125

Penghantaran Percuma!

klik sini sekarang --> http://www.prettymuslimah.com
Wed 16-Jun-2010 07:17
Posted by:Cik Pretty  - [Link]
syantik lah k.nora...memang kene jer combination colour of pink n blue...jom tgk tudung bawal dr za plak... Fri 18-Jun-2010 02:11
Posted by:Lieyzaa Glitters lieyzaa@gmail.com  - [Link]
Chantekkkk...i miss u and Lily Mon 21-Jun-2010 03:04
Posted by:zaimanik beadingtreasure@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 8-Jun-2010 02:36 Email | Share | | Bookmark
MS. EL

 
Sentuhan dari Lilymanik. Memandangkan tuan badan hantar last minute. Permintaan nak glamour tapi ringkas. So bila nak cepat, ini yang mampu disiapkan. Pergelangan tangan juga disulam pattern yang sama.



nice colour combination.. Thu 10-Jun-2010 03:43
Posted by:Lieyzaa Glitters lieyzaa@gmail.com  - [Link]
aiyo...cantiksss!!! Thu 10-Jun-2010 14:23
Posted by:DZILA dzila.dbeader@yahoo.com  - [Link]
Baju kurung moden eksklusif hanya rm125

Penghantaran Percuma!

klik sini sekarang --> http://www.prettymuslimah.com
Wed 16-Jun-2010 07:17
Posted by:Cik Pretty  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 1-Jun-2010 08:54 Email | Share | | Bookmark
Fantasy BeadsnLace

 
 
 
View all 4 photos...
Sehelai lagi baju Kak Sheeda yang hendak diglamourkan dengan juntaian kilauan manik. Buntu memikirkan corak apa yang sesuai kerana Kak Sheeda hanya nak highlight di bahagian badan dan pergelangan siku.

Kali ini saya menggunakan adunan kain lace, manik dan kristal di bajunya untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Manakala di bahagian lengan (cerut), saya tambahkan sedikit manik supaya tidak kelihatan terlalu kosong.

Okay ladies, enjoy the pictures.







akum k.nora...cantik nya akak... ....rasa tak puas ilmu yg dapat hari tu,..jika ada kelapangan masa dan tenaga ingin wati menambahkan ilmu jahitan benang pula...k.nora jika free jemputlah dtg ke blog watie...http://izawatisiman.blogspot.com/....tq tq Wed 2-Jun-2010 09:52
Posted by:watie watieharman@yahoo.com.my  - [Link]
Salam kak Nora. Ingat sy lg tak. Harap akak sihat selalu & semoga fresh dgn idea2 yg best2. Sy tgh buat beading sikit2 lps drp kelas ekskusif akak tu.. Ok kak .. Keep in touch Wed 2-Jun-2010 11:21
Posted by:Peanut@Shafinaz nabil_hukm04@yahoo.com
Yang ni lagi satu ciptaan Nora yg kelas gitu, sampaikan sayang nak pakai baju ni klau bukan majlis rasmi.

So pada kekawan Faber kalau nak tenguk bagaimana hebatnya hasil tangan Nora Manik ni. Tunggu jamuan Raya Faber tahun 2010 ni akak pakai baju ni yee!!!

Thanks again dear...

Baju baru akak dlm penghantaran segera....
Mon 19-Jul-2010 08:42
Posted by:Sheeda sheeda@faberdevelopment.com.my
Add comment


Monday, 24-May-2010 09:09 Email | Share | | Bookmark
SULAMAN BENANG DI T-SHIRT

 
 
Ada 3 helai T-Shirt Muslimah yang hendak disulam benang di bahagian pergelangan siku. Yang 1st baju tuh memang dah lama siap dan dah hantar pada owner a month ago. Last minute owner hantar lagi 2 helai T-Shirt. Petang dapat baju tu, esok pagi2 dia nak baju tuh ready. Ingatkan setakat sulaman yang simple tuh bolehlah siap awal, tapi jenuh jugak nak siapkan... pukul 3.30 pagi baru siap.




Quote:

1. Umie/Mazura=> yea kak umie, memang manis dan cantik.... jom kak belajar benang pulak.

2. Lieyza Glitters=> Thanks sweetie...

3. Kak Izan72=> Putarrrr buk... jangan tak putarrrr... mata pun putarrr2 nak nyiapkannya, 3.30 pagi habis jahit... esok nak kerja..

4. Jie=> Bukan fulltime, part timer jek, tapi sebab dah special request, kenalah korban waktu tidur, tapi tak boleh buat selalu, pengsan akak dikkk..

5. KakMa=> Thanks for being my loyal follower.. Tak marah, malah rasa honoured pulak sebab KakMa sudi masukkan dalam blog list KakMa. Insyaallah, kalau memang ada banyak masa, memang selalu nak update gambar2 baju n tudung yang sudah dijahit. Stay tune k...

6. Kak Sarimah=> Kak Sarimah ni selalu bagi komen2 dia buat saya tersengih sensorang depan PC. Yea Kak, kalau nak buat bunga2 nih saya suka buat pakai 4 lembar benang sebab cepat siap dan nampak kembang semangkuk. Kalau buat 2 lembar, bunganya memang akan nampak tak cukup zat, oleh itu, silalah guna 4 lembar benang. Cepat dan cantik. Cewah!!!!!




Akak.. cantiknyer sulaman bullion ngan manik tuu.. cute jer... Fri 11-Jun-2010 08:50
Posted by:Salwah nor5712@yahoo.com  - [Link]
Would you presenttricate that flatter better-bralso upscale? mark www.replicawatchessuper.com this website.most of <a href="http://www.replicawatchessuper.com/Replica-blancpain-watches_v24" title="Replica Blancpain watches">Replica Blancpain watches</a>, <a href="http://www.buyhangbag.com/Replica-dior_g44" title="Replica Dior handbags">Replica Dior handbags</a>, <a href="http://www.replica-watches-net.com/Replica-chopard-watches_g1175" title="Replica Chopard Watches">Replica Chopard Watches</a> Mon 14-Jun-2010 01:19
Posted by:replica watches nana@yahoo.com  - [Link]
Christoph, <a href="http://www.ddwatches.com/blancpain-replica-watches-c-28.html?zenid=f02e3aac727d8fb0e729cb7f228d162b">Blancpain Replica Watches</a> I agree it's about religion. It's not about brownness, but frankly it is about race/appearance. I'm not arabic, but my mediterranean olive complexion and hair sure get me extra patdowns at public sporting events (especially closer to 9/11), simply because people aren't <a href="http://www.ddwatches.com/breguet-replica-watches-c-30.html?zenid=f02e3aac727d8fb0e729cb7f228d162b">Breguet Replica Watches</a> always that able to discern some characteristics that astutely ... but nonetheless grasp that an under 40 &quot;brown <a href="http://www.ddwatches.com/breitling-watches-replica-c-31.html?zenid=f02e3aac727d8fb0e729cb7f228d162b">Breitling Watches Replica</a> person&quot; that more resembles mohammed atta than tony romo might just have a massively higher chance of being an islamic nutjob...... Mon 26-Jul-2010 06:07
Posted by:swiss watches teyaxiya@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Friday, 21-May-2010 07:36 Email | Share | | Bookmark
CROSS STITCH BEADS

 
 
 
Saya diminta menyulam design Cross Stitch Beads (CSB) for Kak Shidah's best friend in KK. Sebenarnya dah kureng idea nak bagi nama apa, tapi sebab design nih nampak macam cross stitch, hmmm, boleh lah...

This is considered my 3rd outcome of doing CSB design. Lebih kurang macam teknik manik tabur. Orang kata kalau buat manik tabur memang tiring. (Yes, memang setuju dengan pendapat mereka), namun kalau try buat manik CSB nih, sedikit berbeza sebab kena susun manik secara slunting / senget.

Petua saya nak buat manik tabur atau CSB nih, kena tarik nafas panjang2, terpaksa set my mind, fun jugak buat benda nih, , kena layanzzzz.... Kalau ngantuk, jom minum kopi secawan...





salam kak nora,cantiknye....kemas lak tu..lain dr yg lain..nak try la buat..bole ke saya nk buat nie.. Sat 22-May-2010 09:01
Posted by:siti sitimazni81@yahoo.com
cantik... corak2 abstrak sket, lain dari kebiasaan.. setuju dgn nora, rasanya letih menjahit manik tabur nih.. tho nampak simple, tapi jenuh nak menyudahkannya.. Mon 24-May-2010 01:25
Posted by:azie nz liltouch@gmail.com  - [Link]
salam...

minat cross stitch? silalah ke blog http://nizacraft.blogspot.com
Sun 13-Jun-2010 11:14
Posted by:niza nizacraft@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.