Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 24-Nov-2010 01:01 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - NORLINA

 
 
 
View all 6 photos...
Sedikit penambahan untuk design SF kali nih. Bunga2 yang dijahit kali ini pula dihiasi dengan dedaun agar menampakkan SF tidak menjadi 'kaku' sebab sebelum ni SF dijahit straight mengikut border yang ditetapkan.

Okay u all, enjoy your view.






27 Dec 2010
Ada gambar baru untuk SF Kak Norlina sebab gambar yang sebelum nih belum siap sepenuhnya. Alhamdulillah, setelah sampai ke tangan Kak Norlina, beliau amat berpuas hati dan katanya, lebih cantik dapat tengok real daripada tengok dalam gambar. Kawan2 saya cakap, setiap kali kalau Kak Lina pakai baju nih, memang akan ada orang datang membelek dari dekat sebab diaorang pun leka dan suka membeleknya.







Friday, 12-Nov-2010 01:37 Email | Share | | Bookmark
PINK BERRIES - ADIK NANA

 
 
Adik casper ni dah besar dah.... kening tu yg tak tahan tengok..
Baju kepunyaan adik Nana, anak dara gebu Kak Rosaminah.

Ingat tak lagi sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru nih, saya ada jahitkan manik (Bunch of Grapes) pada baju raya anak saya, Aisya. Kak Ros juga berminat nak suruh saya jahitkan design yang sama untuk baju raya AidilAdha kepunyaan anaknya.

Okaylah u all, happy viewing yea. Takde idea nak tulislah.





Tuesday, 9-Nov-2010 06:38 Email | Share | | Bookmark
KELAS DI PUCHONG DI PUCHONG SETIAP SABTU - NOV DAN DEC 2010

 
 
Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Noramanik yang menawarkan pelbagai pakej sulaman, berikut adalah tarikh kelas yang akan diadakan.

Tarikh : Setiap Sabtu (bulan Nov & Dec 2010
Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat : Taman Putra Perdana, Puchong

Pakej A (Sulaman Asas dan Pra Lanjutan)
Harga = RM250.00 seorang
Teknik = 20 - 22 teknik

Pakej B (Sulaman Manik 3D)
Harga = RM250.00 seorang
Teknik = 10 teknik

Pakej C (Teknik Shimmering Flora)
Harga = RM150
Anda perlu membawa baju anda sendiri dan peralatan menjahit seperti labuci, manik, benang dan jarum. Ini kerana saya akan mengajar menjahit terus di baju anda sendiri.

Setiap sesi, kehadiran peserta hanya dihadkan maksimum seramai 10 orang (tenaga pengajar 2 orang). Jika anda berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan, anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 sebagai pra-pendaftaran ke dalam akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman. Langkah seterusnya sila maklumkan kepada saya melalui email atau sms atau telefon saya mengenai pembayaran yang telah dilakukan untuk tujuan kemaskini senarai peserta yang hadir di dalam FP saya.

Antara gambar2 koleksi 3D yang akan diajar kepada yang hadir ke kelas saya.






Tuesday, 9-Nov-2010 03:35 Email | Share | | Bookmark
VARIASI - RINI

 
 
 
Baju Rini kali nih saya banyak menggunakan kristal dan manik. Pelbagai combo teknik yang digunakan. Antaranya design 3D @ Cabochon, Crumble yang dipopularkan oleh Umie Pepari, dan juntaian @ dangling sequin berbentuk oval. Warna2 yang digunakan hanya sekitar warna hitam, putih dan silver. Nak guna colour lain, takut tak sesuai pulak dengan warna kain yang hanya menggunakan warna hitam putih.

Alhamdulillah, baru siap malam tadi... Lega... Selagi tak siap baju orang, selagi tuh, memang tak senang duduk.

Saya pun dah stop ambik tempahan. Sekarang nih dalam proses nak menyiapkan baju2 customer yang menanti giliran. InsyaAllah, hujung bulan 12, semua kasi beres. Mid Jan is my EDD or tarikh jangkaan bersalin. Kepada pelanggan yang setia menunggu, terima kasih atas kesabaran u all. InsyaAllah, walaupun lambat, saya akan pastikan sentuhan yang diberikan mampu membuatkan anda berpuas hati.








Quote:

1. Kak Dzila=> TQ.

2. Rini=> Alhamdulillah, tq sebab minat hasil kerja tangan kak Nora and Rini berkenan dengan design nih. InsyaAllah, baby baru coming up tahun baru nanti.


Tuesday, 9-Nov-2010 03:16 Email | Share | | Bookmark
MEGABEADS - MAS AINI

 
 
Baju Mas Aini, kawan lama since sekolah rendah. Ngeeee.... Baju nih lah satu2nya yang saya jahit sepanjang bulan Syawal. Lebih kurang sebulan lebey nak nyiapkannyer... Asal silap lengkok jek, akak bukak balik, lukis dah baik punya lukis, siap segala acuan, tapi ntah... biasalah human error kan..

Ada sedikit sentuhan teknik 3D yang digunakan. Almaklum dimusim2 3D nih kan... saya selitkan jugak, nanti tak practise, lupa lagi dan lagi....

Okay Mas, dah siap, bolehlah melaram raya haji nanti yek. Thank you for your patience.



Di bahagian siku.



Quote:

1. Mas=> Tq Mas, seb bek ko suka. Sorry sesangat sebab lama nak tunggu baju nih siap.



[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net