Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Thursday, 29-Apr-2010 06:29 Email | Share | | Bookmark
MENORA - KAK SHEEDA

 
 
 
View all 4 photos...
Seperti yang dijanjikan, sulaman manik yang diberi nama "Menora" kembali mewarnai halaman Noramanik Fotopages. Alhamdulillah, rezeki kian bertambah... Belumpun sempat baju ini dihantar ke tuan badan, sehelai lagi baju miliknya dihantar untuk sulaman manik. Knowing her yang sering tampil bergaya dan menarik, (that's y she is very well known as Sheeda Datin"), kenalah perah otak , camno nak buat baju dia. InsyaAllah kena siap by June, 2010. Kita tunggu yea.






Quote:

1. Ros=> Tq Ros. Mesti boleh siap untuk raya tahun nih. Amin pun dah skolah kan.. Kalau tak faham, calling2 ler, boleh set appointment, kita jumpa nanti... Aku pun dah lama tak jumpa ko..

2. Watie=> Wati, nak blajar n try jahit memang boleh, tapi kena sabo banyak2... sebab nak kena make sure sama rata placing pusingannyer... Kak Nora pun ada buat silap gak... kena bukak, jahit balik..

3. Cho zila=> A'ah Menora namanya, saya ikut pattern yang sama dalam Kak Dzila punya FP.

4. Kak Dzila=> Tq2u2 for sharing your pattern. Memang cantik, I have 1 for my own baju. Puas hati bila dah dapat buat untuk baju sendiri.

5. Kak Sheeda=> Thanks pada Kak Sheeda jugak sebab memberi kepercayaan pada hasil kerja tangan saya. Boleh2 nak hantar anak dara kak Sheeda, it's my pleasure.


Tuesday, 27-Apr-2010 04:33 Email | Share | | Bookmark
KELAS SULAMAN MANIK DAN LABUCI DI SELANGOR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri Kelas Sulaman Benang/Manik & Labuci mengikut pakej yang anda inginkan, saya akan mengadakan kelas seperti berikut:-

MAKLUMAT KELAS

Tarikh : Ahad, 02 Mei 2010 9.00 AM - 6.00 PM
Tempat : Dewan Rukun Tetangga, Jalan PP 7/21, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor
Pakej & Yuran:
a) Pakej Manik Labuci = Yuran RM 250
b) Pakej Benang = Yuran RM 250
c) Pakej Gabungan Manik Labuci dan Benang = Yuran RM 250
d) Pakej SF RM 150

Peta: Peta ke Lokasi Latihan

PAKEJ MANIK LABUCI
Teknik : 20 Teknik Sulaman Manik & Labuci

PAKEJ BENANG
Teknik : 15 Teknik Sulaman Benang

PAKEJ MANIK LABUCI & BENANG (Baru)
Teknik : 10 Teknik Sulaman Manik & Labuci + 7 Teknik Sulaman Benang

PAKEJ SF - SHIMMERING FLORA (Baru)
Teknik : SF

KENAPA NORAMANIK?

1. Berpengalaman dengan teknik pengajaran yang baik.
2. Berpengalaman menjahit (hands-on experience) pelbagai jenis baju dengan pelbagai penggunaan material.
3. Harga yuran yang berpatutan.
4. Minum Pagi dan Petang serta Makan Tengahari disediakan.
5. Sijil Penyertaan yang akan diberikan julung kali nya bermula pada Tahun 2010.
6. Cabutan Bertuah.
7. Hadiah Eksklusif kepada mereka yang membawa seramai 5 Peserta ke atas.


*** Untuk makluman mengenai Cabutan Bertuah dan Hadiah Eksklusif daripada pihak Noramanik, sila buat pertanyaan melalui telefon kepada saya, Nora di +6012 365 4519. ***


PROSES PEMBAYARAN

1. Membuat pembayaran Pra-Pendaftaran sebanyak RM 100.00 ke Akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman.
2. Maklumkan kepada saya mengenai maklumat pembayaran Pra-Pendaftaran (Nama penuh, Tarikh & Masa pembayaran DAN Pakej Pilihan) melalui Email : nora.beads@yahoo.com / Tel : +6012 365 4519.
3. Pengesahan Pra-Pendaftaran anda akan dibuat melalui email anda.
4. Baki pembayaran yuran hendaklah dibuat semasa Pendaftaran kelas seperti yang tertera di MAKLUMAT KELAS di atas.

Sekian, Salam Sayang,
Nora.


Thursday, 22-Apr-2010 05:56 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - KAK IDA

 
 
Alhamdulillah, permintaan design SF tak pernah surut.... Sentiasa memenuhi ruang permintaan walau adakalanya ada di antara para pelanggan yang terpaksa menunggu lama untuk meminta saya menyiapkan SF.

Mulanya saya turut merasa bosan kerana penat nak menyiapkan satu persatu tempahan SF yang membataskan saya mencuba rekaan sulaman yang lain. Namun akhirnya, saya akur akan kelalaian diri dan sesal, andainya itu salah satu cabang punca rezeki halal yang saya perolehi, mengapa perlu saya mengeluh... Allah sentiasa menguji kita kan...? Kita sentiasa diuji sejauh mana kita mudah leka dan lalai dengan anugerah Ilahi... ? "Bila kita tak dapat, kita mintak kat Allah.... Bila Allah dah bagi, kita pulak yang mengeluh......." Maaf yea, saya sekadar berkongsi rasa... Jangan ada yang tersilap langkah macam saya. Sekadar mengingati sesama insan agar kita tak mudah lalai dalam setiap perbuatan dan pekerjaan yang kita lakukan.

Okay, jom kita tengok SF kak Ida. Enjoy... selepas nih design Menora kembali mewarnai 'halaman rumah' saya ini.... Tunggu....





Thursday, 22-Apr-2010 05:36 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - IMA

 
 
 
Shimmering Flora kembali lagi. Lega dapat siapkan baju Ima. Kalau tak sure kak Nora kena bebel, daripada baby dalam perut, baby dah keluar pun, baju tak dapat2 lagi. Sorry yea Ima, maaf sebab dok tunggu2 nak pakai baju tuh sebelum perut bertambah besar. Alhamdulillah, baju pun dah selamat sampai, semoga Ima dapat melaram untuk kenduri esok lusa.










Wednesday, 21-Apr-2010 08:25 Email | Share | | Bookmark
SENTUHAN KRISTAL - ADLINA

 
 
 
Assalammualaikum

Sepasang jubah milik Adlina diserikan lagi butiran batu2 kristal dengan sedikit sentuhan juntaian kristal di bahagian pinggang dan lengan, agar tampak berbeza dan lebih bergaya.






[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net