Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Apr-2010 06:51 Email | Share | | Bookmark
KELAS SESI 3/2010 - 1 FEBRUARY 2010

 
 
 
View all 10 photos...
Balik dari Pahang, keesokannya pada 1 February 2010, ada permintaan untuk mengadakan kelas Sulaman Manik dan Labuci. Sapa kata tak penat.... penat... tapi demi tidak menghampakan permintaan mereka kerana susah untuk hadir pada hari Sabtu/Ahad, maka permintaan mereka dituruti jua. Maklum sajalah 1 Feb 2010, merupakan hari cuti Wilayah Persekutuan. Maklum jeklah, saya jugak bekerja, makan gaji, menjahit manik adalah sebagai part time sahaja, jadi itulah masa yang sesuai bagi memenuhi permintaan dua beradik ni. Cuba u all teka yang mana satu pasangan adik beradik nih. (Misuraya & Misalmah) Best kan adik beradik suka jahit manik... kongsi minat yang sama. Same goes to Lily, Intan, Ika and myself. We love beadings.....

Thank you to Kak Sarimah sebab sudi datang lagi, khas untuk mendalami design Shimmering Flora. Begitu jugak kawan kak Sarimah, Kak Jana. Kedua orang kakak jelitawan nih datang nun jauh dari Seremban. Kak Saemah pula call pagi2 Isnin, last minutes dia discover tentang my class. terus dikerah anak bujang, menghantarnya ke Puchong. Apapun, penat memang penat, tapi itu suma tolak ke tepi.. Cari rezeki halalkan... Kenalah berkorban..

Apa2pun, terima kasih kepada mereka yang sudi hadir mendalami ilmu sulaman manik/labuci dengan saya. Kepada mereka yang ingin hadir ke kelas saya, untuk mempelajari teknik Shimmering Flora sahaja, bolehlah menghubungi saya untuk maklumat lanjut.


Tuesday, 13-Apr-2010 06:13 Email | Share | | Bookmark
KELAS SESI 2/2010 - 31 JAN 2010

 
 
 
View all 5 photos...
Lamanya saya nak update gambar2 kelas di Kuantan. Maaf yea adik2, kakak2 di Kuantan kerana terlalu lama menunggu. Kesudian you all mengorbankan hari cuti untuk mempelajari kelas manik anjuran Noramanik amat dihargai dan dikenang selalu.

Alhamdulillah, dengan bantuan Sally dan suaminya, buat pertama kalinya dapat jugak saya menjejakkan diri ke Kuantan bersama adik saya, Lily. Terima kasih banyak2 atas jemputan dari Sally. InsyaAllah, mudah-mudahan, kalau diberi kesempatan, bolehlah saya berkunjung semula ke Kuantan.








Friday, 9-Apr-2010 08:49 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERTANDINGAN SULAMAN MANIK LABUCI 2010

Kak Izan Beauty, Kak Dzila & Kak Izan Bangi
Kak Mosheeda
Kak Mosheeda & cikgu
View all 33 photos...
Tahniah kepada Pn. Rosita Jaafar selaku Principal FTIM and her dedicated team, kerana telah selamat mengadakan lagi acara gilang gemilang Majlis Pertandingan Sulaman Manik Labuci 2010 yang telah diadakan di Yayasan Tun Razak, pada 4 April 2010.

Meriah sungguh acara yang diadakan dan ketika baju2 para peserta diperagakan oleh para model yang ayu sambil menyusun langkah di atas pentas, mata terpaku melihat keindahan baju yang bergemerlapan dengan kilauan manik/labuci, sempat lagi dalam hati berkata2... memang cantik. Kalau boleh tak nak terlepas langsung pandangan mata dari melihat kesemua baju2 yang diperagakan. Tahniah yea kepada para pemenang yang sememangnya layak mendapat pengiktirafan dari pihak juri ke atas baju2 yang telah dipertandingkan. Bestnya dapat hadiah utama tahun ni, Johan dapat pergi menunaikan umrah. Jarang saya mendengar ada pertandingan yang boleh melayakkan johan berpeluang menunaikan umrah. Mudah-mudahan rezeki RJ sentiasa terbentang luas kerana berkongsi kenikmatan yang Allah berikan kepada beliau. Amin..

Apa lagi... asyik cerita jek. Jom tengok gambar2 yang ada dalam camera cap naga saya nih. Sebelum tuh nak kata... seronok pergi ke majlis tersebut, kerana di situlah saya berpeluang mengenali rakan2 beaders yang lain, sambil berkongsi pengalaman dan tips2 yang mereka ada. Semoga ikatan sillaturrahim di antara kita berkekalan hendakNya. Amin..

Jomlah ... tengok gambar. Enjoy....



Monday, 5-Apr-2010 02:58 Email | Share | | Bookmark
KEBAYA NYONYA

 
 
 
View all 14 photos...
Assalammulaikum...

Bestnya dapat pergi majlis Pertandingan Sulaman Manik yang diadakan pada 3 April 2010 di Yayasan Tun Razak. Dapat jumpa geng2 manik, dapat tambah lagi kawan2 yang sedia ada... kalau ada yang sebelum2 nih hanya dengar suara di hujung talian telefon, di alam cyber.. kali nih baru bersua muka. Macam dah lama kenal, hanya kerana minat sulaman manik, dapat menyatukan sillaturrahim di antara kita kan.. Alhamdulillah..

Kepada geng2 manik lain yang tak dapat hadir, huhuhu... sedih gak tak dapat jumpa. Nak buat macamana... masing2 ada yang sibuk dengan komitment yang sedia ada. InsyaAllah, kalau tak dapat jumpa this time, next year kalau Pn Rozita Jaafar (RJ), Principal FTIM buat lagi (mintak2lah buat lagi dan lagi.. dan lagi...) kita jumpa yea.

Alhamdulillah, pada hari tersebut, sewaktu pengumuman "Lady of the Day", nama saya telah disebut oleh Pn. Juanita selaku Pengacara Majlis untuk menerima trophy. Hmm...malu jugak nak ambik hadiah tuh di atas pentas kerana maakkkk oiiii panjangnya pentas (runaway) nak menuju ke arah RJ bagi menerima hadiah. Manalah tau, tengah2 jalan, alih2 tersembam kat karpet merah tuh... Nak tergelak pun ada bila teringat gurau senda bersama geng2 cik kiah seangkatan "Itik pulang petang"...

Last minute decision buat baju ni sementelah susahhhnyeeeee nak dapatkan kain kasa rubia / swiss voille plain colour, (menurut kata kawan2 yang pernah mencari kain tersebut untuk tujuan memasuki pertandingan). Waktu tuh saya masih belum cari lagi. Ada yang kata, kalau kat Singapore senang nak cari, melambak okay... Teringatkan kenalan cyber saya, Sutini a.k.a nescafeworld yang berasal dari Singapore. Walaupun tak pernah bersua muka, saya mencuba nasib, bolehker dia tolong carikan kain tuh untuk saya. Alhamdulillah, dia kata boleh. Dalam menunggu masa kain dihantar, saya pula telefon my tailor, Rozi di Sungai Buloh, boleh ke nak ambik tempahan last minute, dalam masa seminggu boleh siap ke? Rozi kata, she tried her best. Fuh... lega, settle satu masalah. Thank you to Sutini and Rozi sebab sudi bersusah payah tolong saya. Tanpa pertolongan u all, memang saya blasah jek pakai baju yang sedia ada.

Okay, jom tengok gambar baju saya nih yang secara tak langsung akan dipakai pada hari raya puasa tahun 2010 ni yea.

Sebagai panduan, pada mereka yang menghadapi masalah untuk pemilihan warna untuk sulaman manik/labuci, boleh merujuk buku RJ bertajuk Sulaman Kebaya Nyonya untuk dijadikan panduan dalam pemilihan warna. Ianya banyak membantu saya mempertingkatkan lagi pengetahuan saya dalam pemilihan warna manik dan labuci yang sesuai untuk diaplikasikan pada baju2 customer saya.

















Quote:

Terima kasih atas segala ingatan,…. Alhamdulillah atas segala kurniaan Illahi.

Untuk pertanyaan bunga yang menggunakan kertas gam tuh, ya, memang saya tekap bunga di kain batik pakai kertas gam. Kemudian, gunting dan iron di atas kain kosong. (sapa malas iron, sila guna gam uhu jenis glue stic). Lepas tu make sure tutup kain gam tuh dengan sulaman manik/labuci/benang. Kenapa saya pakai kain gam? Sebab saya nak pastikan bunga dan daun yang dijahit atas kain kosong tuh, nampak sama besar. Lagipun kain yang digunakan warna biru gelap, nak lukis pakai pen sedia ada, takut tak banyak membantu. Cara tercepat, boleh guna kertas gam.

Tentang kemusykilan nyonya meener, saya ingin berkongsi dengan anda gambar dan plat yang terpampar di trophy ini bagi menjawab kemusykilan anda.

Kepada mereka yang ingin menadaptasikan design yang sama pada baju anda mahupun pelanggan-pelanggan anda, sila kan. Tiada cagaran, bayaran atau wang pampasan dikenakan. Gambar-gambar baju yang dipaparkan selama ini adalah atas tujuan promosi / pemasaran untuk para pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan sulaman yang disediakan, dan juga perkongsian idea bersama pengunjung-pengunjung yang berminat dalam sulaman manik/labuci/benang.

Salam sayang,
Noramanik



Sunday, 21-Mar-2010 00:17 Email | Share | | Bookmark
KELAS SULAMAN MANIK 4 APRIL 2010 (AHAD)

Berminat untuk menghadiri kelas manik/labuci. Saya akan mengadakan kelas seperti berikut:-

MAKLUMAT KELAS

Tarikh : Ahad, 4 April 2010
Tempat : Dewan Rukun Tetangga, Jalan PP 7/21, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Pakej & Yuran:
a) Pakej Manik Labuci = Yuran RM 250
b) Pakej Benang = Yuran RM 250
c) Pakej Gabungan Manik Labuci dan Benang = Yuran RM 250

Peta: Peta ke Lokasi Latihan

PAKEJ MANIK LABUCI
Teknik : 20 Teknik Sulaman Manik & Labuci

PAKEJ BENANG
Teknik : 15 Teknik Sulaman Benang

PAKEJ MANIK LABUCI & BENANG (Baru)
Teknik : 10 Teknik Sulaman Manik & Labuci + 7 Teknik Sulaman Benang

KENAPA NORAMANIK?

1. Berpengalaman dengan teknik pengajaran yang baik.
2. Berpengalaman menjahit (hands-on experience) pelbagai jenis baju dengan pelbagai penggunaan material.
3. Harga yuran yang berpatutan.
4. Minum Pagi dan Petang serta Makan Tengahari disediakan.
5. Sijil Penyertaan yang akan diberikan julung kali nya bermula pada Tahun 2010.
6. Cabutan Bertuah.
7. Hadiah Eksklusif kepada mereka yang membawa seramai 5 Peserta ke atas.


*** Untuk makluman mengenai Cabutan Bertuah dan Hadiah Eksklusif daripada pihak Noramanik, sila buat pertanyaan melalui telefon kepada saya, Nora di +6012 365 4519 atau Lily di +6012 259 0134. ***


PROSES PEMBAYARAN

1. Membuat pembayaran Pra-Pendaftaran sebanyak RM 100.00 ke Akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman.
2. Maklumkan kepada saya mengenai maklumat pembayaran Pra-Pendaftaran melalui Email : nora.beads@yahoo.com / Tel : +6012 365 4519.
3. Setelah pengesahan dibuat oleh pihak noramanik, saya akan memasukkan nama anda ke Senarai Peserta di sini.
4. Baki pembayaran yuran hendaklah dibuat semasa Pendaftaran kelas seperti yang tertera di MAKLUMAT KELAS di atas.

Sekian, salam sayang,
Nora


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net