Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-Mar-2010 09:32 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - AZEAN

 
 
 
View all 5 photos...
Atas permintaan Azean, SF versi baru untuk sepasang kurung birunya.

Kepada pengunjung-pengunjung Noramanik.fotopages, maafkanlah saya sekiranya agak slow untuk mengupdate gambar2 atau berita2 terkini. Insyaallah, satu persatu gambar2 baju dan gambar2 kelas akan diupload untuk tatapan anda semua.












Quote:

1. Tasha=> Orait tapi tak janji taw. sebab tiket limited dah... ramai yang verbally booking. i try my best to get the ticket for you. sapa yang dah confirmed verbally tuh, copek2lah buat bayaran sebab tarikh majlis dah nak dekat.... tiket habis nanti.... hah... terlepas ko milah....

2. Python=> ikut mood u. kalau mood swing baik punyer, seminggu pun siap, tapi kalau tak, hehehehehe...

3. Kak Sarimah=> Ala kak... cepat2 siapkan.... kata nak pakai g kenduri orang kawin yang lepas... kalau tak siap jugak, nampak gaya boleh pakai masa pengantin tu buat majlis 'cukur jambul' lak...

4. Kak Dzila=> yes mem... dah ada gambar close up tuh..
kak mana no. tipon nye...? email or sms boleh?

5. Mira=> Alhamdulillah, tima kasih Mira... kita jumpa masa majlis FTIM nanti yek.

6. Yati=> Yati, dah ada gambar close up bunga tuh, nanti tengok eh...
sama teknik buat bunga sisik ikan, cara susunan labuci bermula dari bahagian kelopak luar, cucuk jarum pada manik bulat (1 biji), labuci kerang, buat keliling 1 bulatan, bila tiba 2nd layer, susun labuci kerang in between labuci di bahagian 1st layer yea. kat nak buat inti kat tengah2 tuh, guna labuci bentuk bulat pulak. ikut teknik bunga kekwa plak.

tips: kalau nak buat bunga pakai labuci kerang nih memang kena pakai manik bulat supaya kelopak bunga tu nampak ternaik, barulah nampak bunga tu 3D. kalau tak pakai manik bulat, nanti bunga tuh nampak tak 'semegah', flat jek...

7. Irnaa=> Salam Irna, thank you.. wa, makin jauh mu... Best la masa kak nora gi T'gganu last month... seronok... jumpa geng baru, gi pasar payang... gi makan seafood goreng celup tepung kat tepi pantai... (kat ngan airport tuh)...
Anyway, take care. Kak Nora dah linkkan awak nyer FP yea...


Monday, 15-Mar-2010 09:08 Email | Share | | Bookmark
GLITTER HANIM

 
 
Khas untuk Hanim. Memandangkan corak bajunya memanjang, jadi saya mencuba design ini. Happy viewing.






Wednesday, 3-Mar-2010 01:30 Email | Share | | Bookmark
PERTANDINGAN SULAMAN MANIK KRISTAL PIALA FTIMDC 2010

Hampir setahun berlalu acara Majlis Makan Malam dan Pertandingan Piala Sulaman Manik & Labuci 2009 diadakan. Bagi mereka telah hadir dan juga kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadiri acara gilang gemilang yang telah diadakan, pihak FTIMDC yang diasaskan oleh Puan Rozita Jaafar akan mengadakan acara tersebut seperti berikut :

Tarikh : 3 April 2010
Tempat : Tun Rahah Grand Ballroom, Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Masa : 11.30 pagi

Terdapat banyak agenda menarik yang telah disusun dan tidak lupa juga tawaran hadiah yang menarik, MENUNAIKAN UMRAH kepada JOHAN PERTANDINGAN kepada mereka yang menyertai pertandingan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010.

Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke acara “LUNCHEON” dan PIALA SULAMAN MANIK DAN LABUCI 2010, anda boleh membeli tiket yang berharga RM75.00 dari pihak FTIMDC. Bagi mereka yang telah menyertai BEADERS FAN CLUB yang diasaskan oleh Pn Rozita, peluang terbuka kepada anda untuk membantu menjual tiket acara tersebut. Mereka yang menjual tiket sebanyak 10 keping, akan memperolehi 1 tiket percuma untuk acara tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi, silalah daftar nama anda bagi menyertai acara majlis gilang gemilang ini.

Maklumat lanjut mengenai acara dan butir-butir pertandingan bolehlah klik
ACARA PERTANDINGAN PIALA SULAMAN MANIK LABUCI 2010

BORANG PERTANDINGAN

Salam,
Nora


SILA SCROLL ENTRY DI BAWAH UNTUK INFO SEMASA ATAU GAMBAR-GAMBAR TERKINI. TERIMA KASIH.



Thursday, 25-Feb-2010 23:45 Email | Share | | Bookmark
TIKET KE MAJLIS FTIMDC

Assalammualaikum,

Ada beberapa pengumuman.

1. Kepada mereka yang ingin membeli tiket ataupun telah menempah tiket untuk ke Majlis FTIMdC pada 3 April 2010, sila hubungi saya kerana saya ada menjual tiket tersebut.
2. Kepada mereka telah verbally confirmed dengan saya ingin menyertai pertandingan namun belum mendapatkan lagi tiket dan faks borang penyertaan, sila hubungi saya dengan segera bagi membantu urusan pihak penganjur / FTIMdc berjalan lancar. Kerjasama anda amatlah dihargai.
3. TARIKH HANTAR BAJU PERTANDINGAN telahpun dianjakkan sehingga 20 Mac 2010.

Salam sayang,
Nora

Quote:

1. Fieza=> Salam Fieza, untuk pembayaran tiket, sila buat pembayaran di no. acc saya, Maybank 101 208 206 973 Nora Abd Rahman. kalau dah buat payment, pls email to nora.beads@yahoo.com atau sms di 012-365419 untuk tindakna saya selanjutnya yea. Facebook memang ada, tapi "sunyi sepi... ", kat office memang no access to FB, bila kat rumah, tak menang tangan.

2. Kak Aida=> ello kakak manis, alhamdulillah, dapat gak gi KT dan KK, tentang tiket tuh, okay, saya reserve 1 untuk kakak manis yea...






Thursday, 25-Feb-2010 23:05 Email | Share | | Bookmark
KELAS SULAMAN MANIK/LABUCI 6 MAC 2010 (SABTU)

Berminat untuk menghadiri kelas manik/labuci. Saya akan mengadakan kelas seperti berikut:-

MAKLUMAT KELAS

Tarikh : Sabtu, 6 Mac 2010
Tempat : Dewan Rukun Tetangga, Jalan PP 7/21, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor
Pakej & Yuran:
a) Pakej Manik Labuci = Yuran RM 250
b) Pakej Benang = Yuran RM 250
c) Pakej Gabungan Manik Labuci dan Benang = Yuran RM 250

Peta: Peta ke Lokasi Latihan

PAKEJ MANIK LABUCI
Teknik : 20 Teknik Sulaman Manik & Labuci

PAKEJ BENANG
Teknik : 15 Teknik Sulaman Benang

PAKEJ MANIK LABUCI & BENANG (Baru)
Teknik : 10 Teknik Sulaman Manik & Labuci + 7 Teknik Sulaman Benang

KENAPA NORAMANIK?

1. Berpengalaman dengan teknik pengajaran yang baik.
2. Berpengalaman menjahit (hands-on experience) pelbagai jenis baju dengan pelbagai penggunaan material.
3. Harga yuran yang berpatutan.
4. Minum Pagi dan Petang serta Makan Tengahari disediakan.
5. Sijil Penyertaan yang akan diberikan julung kali nya bermula pada Tahun 2010.
6. Cabutan Bertuah.
7. Hadiah Eksklusif kepada mereka yang membawa seramai 5 Peserta ke atas.


*** Untuk makluman mengenai Cabutan Bertuah dan Hadiah Eksklusif daripada pihak Noramanik, sila buat pertanyaan melalui telefon kepada saya, Nora di +6012 365 4519 atau Lily di +6012 259 0134. ***


PROSES PEMBAYARAN

1. Membuat pembayaran Pra-Pendaftaran sebanyak RM 100.00 ke Akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman.
2. Maklumkan kepada saya mengenai maklumat pembayaran Pra-Pendaftaran melalui Email : nora.beads@yahoo.com / Tel : +6012 365 4519.
3. Setelah pengesahan dibuat oleh pihak noramanik, saya akan memasukkan nama anda ke Senarai Peserta di sini.
4. Baki pembayaran yuran hendaklah dibuat semasa Pendaftaran kelas seperti yang tertera di MAKLUMAT KELAS di atas.

Sekian, salam sayang,
Nora


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net