Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Feb-2010 22:15 Email | Share | | Bookmark
BAJU NIKAH

 
 
Assalammualaikum,

Baju untuk pernikahan si gadis bernama Ain. Beliau hanya inginkan saya highlight di bahagian leher. See the pictures before. Saya gabungkan sulaman manik, labuci dan benang mengikut sulaman yang sedia ada. Bunga2 kecil berwarna putih, hanyalah sebagai penambah seri. Ain belum tengok lagi baju nih, and she lets me to preview her baju in my FP for her further comment. Hope she will like it.




Quote:

1. Dana=> oooo... bakal pengantin baru.... semoga persiapan majlis berjalan lancar dan kekal bahagia bersama suami k..

2. Ain=> Alhamdulillah... harap2 baju selamat sampai ke tangan Ain.

3. Liyana=> Tq Liaya. Yes, sangat mencabar... kak nora memang jarang sekali terima baju nikah atau baju tunang dari pelanggan. Baju Ain dan baju Intan adalah salah satu daripada baju2 customer yang kak nora jahit selama ni.

4. Nurin=> Salam Nurin, kak nora dah jengah FP awak. Lawa2 solekan pengantin yang nurin buat. Kem salam Linda yea.

5. Kak Izan Beauty=> Akak kembang mekar kat bakat lain tuh....

6. Kak Izan72=> hehehhehe, kembang jangan tak kembang...

7. Wan=> tq Wan, awak pun apa kurangnyer.... tersangat creative...

8. Zaimanik=> Tq zai.... ko dah sihat? Cepat2 sihat yea...

9. Wati=> InsyaAllah Wati... mudah2an, ada peluang dan dipermudahkan urusan nak buat kelas di Seremban.

10. Jie=> Jie, kak nora assume Jie pakai jenis pen ”Air Erasable”. Kalau pen tu memang cepat hilang. Cuba guna pen jenis ”Water Erasable”. Kalau jenis tuh, dakwat akan hilang bila kita basuh dengan air. Kalau untuk kain warna gelap, kak nora guna pen berdakwat silver. Tapi kena make sure kena jahit manik/labuci atas dakwat tuh, kalau tak, comot nanti jadinya.



Wednesday, 17-Feb-2010 02:42 Email | Share | | Bookmark
KELAS DI KUALA TERENGGANU - 27 FEBRUARI 2010

Alhamdulillah, atas permintaan kawan2 yang berada di Pantai Timur, saya dan Lily akan berkunjung ke sana untuk mengadakan kelas manik. Walau bagaimanapun, peserta adalah terhad. InsyaAllah, kalau cukup kakitangan, penyertaan akan dibuka lagi. Berikut adalah butir-butir lanjut mengenai kelas yang akan diadakan.



TARIKH : 27 FEBRUARI 2010 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 6 PETANG
TEMPAT : RUMAH KEDAI 3878 A, JALAN PASIR PANJANG, 21000 , KUALA TERENGGANU

NAMA PESERTA :

1. Rohana Salleh
2. Rahimah Zalina Ghazali
3. Ira Che Ku Mazalan
4. Faridah Suriani Johari
5. Nasirah Mat Zain
6. Nazura Omar
7. Noriati Abdullah
8. Suzila bt. Sulong
9. Puan Dayang - tbc
10. Pn. Rokiah bt Omar
11. Nor Ain Bt Saleh
12. Maslinda Bt Omar
13. Nurul Nadia bt Che Talib
14. Siti Nur Namilah bt Kamalrudin
15. Ira Idayu Bt Abd Latif

Penyertaan telahpun ditutup. Terima kasih atas pre-reservation yang telah dibuat begitu juga dengan pertanyaan2 dari kawan2 yang lain. InsyaAllah, kepada mereka yang tidak dapat hadir dan ada lagi permintaan, kami akan ke Terengganu lagi . Kepada mereka yang telah membuat pre-reservation, saya memerlukan email anda sebagai rujukan dan membuat pengesahan pembayaran di email anda. Kepada nama2 yang tertinggal, sila hubungi saya, takut saya terlepas pandang.


Sunday, 14-Feb-2010 07:41 Email | Share | | Bookmark
BEADS ON BATIK - WANI

 
 
Wani inginkan mutiara beriring menghiasi lengan bajunya. Setelah siap menjahit, kelihatan mutiara yang digunakan menyebabkan kainnya agak 'melendut'. Saya bimbang nanti lama kelama-lamaan bajunya akan menjadi rosak. Material baju wani adalah batik chiffon, manakala mutiara yang digunakan adalah jenis pearl glass, yang mana pearl glass adalah lebih berat daripada plastic pearl. Melihatkan hasilnya yang nampak 'memberatkan' lengan baju tersebut, saya terpaksa membuka kembali mutiara tersebut dan mengantikannya dengan teknik manik beriring double layer. Manakala di bahagian badan, hanyalah sedikit highlight yang digunakan. Semoga Wani berpuas hati, insyaAllah, mana tau next baju akan dihantar untuk teknik mutara beriring pula....






Sunday, 14-Feb-2010 07:36 Email | Share | | Bookmark
PUTERI MAYA

 
Sehelai lagi baju milik sang puteri untuk diperindahkan dengan sulaman manik dan labuci. Nothing much to say, let the pictures do the talking.

To Puteri Maya.... thank you dear for your continous support.



Sunday, 14-Feb-2010 07:10 Email | Share | | Bookmark
MENORA - NORA

 
Akhirnya kini pasti, setelah sekian lama bertarung dengan masa, design Menora telah dimiliki oleh tuan empunya badan. Siapa lagi, kalau bukan milik saya sendiri. Memang asalnya saya malas nak jahit design nih sebab kena make sure kedudukan manik dan labuci sama placing di bahagian kiri dan kanan leher. Seringkali terpaksa membuka kembali jahitan kerana senget.... itulah yang saya terpaksa lalui bila berhadapan dengan design Menora. Namun kali ini, saya alter sikit teknik yang digunakan. Percubaan saya berhasil kerana memang cepat siap kalau nak dibandingkan dengan teknik yang digunapakai sebelum ini. Cara tercepat nak siapkan manik tabur.... saya tukarkan dengan teknik labuci bersayap. Kalau baju sendiri takpe yea puan-puan... Kalau baju customer, sendiri mau ingat....



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net