Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 9-Nov-2010 02:53 Email | Share | | Bookmark
SIMPLY SWEET - ANIS

 
 
Lily yang jahit nih untuk Anis. Gambar baju tangan tak sempat siap lagi sebab nak cepat untuk dipakai sempena mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2010. Anyway, Anis dah serah balik kat Lily untuk proses seterusnya.

Okay enjoy the picca.








Tuesday, 26-Oct-2010 04:16 Email | Share | | Bookmark
SWEET LAVENDER - SHIMA

 
 
Sowyyyyy..... lamanya tak update gambar baju2. Baru saya perasan, rupa2nya masih ada lagi baju2 yang saya tak upload untuk dikongsi bersama. Sorry yea, FP saya tak berupdate gambar2 terbaru, bukannya nak secret2... tapi lepas je bulan puasa, saya mengalami batuk2 sehingga menyebabkan saya kehilangan suara selama beberapa hari dan akibatnya saya memang tak mampu nak berjaga sampai dini hari menyiapkan baju2 pelanggan. Sering mengantuk itulah penangan yang harus ditempuhi. Namun insyaAllah, sekarang nih dah bangkit semula, baju2 pelanggan yang tersadai lama sudah mula melambai2. Tak boleh jadi nih... kena bangkit semula dari zon kemalasan dan mencuba design2 yang lain pula.

Kali ni, saya nak share gambar baju tunang Shima yang saya jahit simple di bahagian leher dan tangan. Memandangkan baju ini sudah siap mempunyai sulaman benang, jadi saya diminta hanya menambah manik untuk menaikkan seri baju kurung untuk dipakai pada hari pertunangannya nanti.






Wednesday, 15-Sep-2010 05:36 Email | Share | | Bookmark
KELAS JAHITAN MANIK DI PUCHONG - 16 OKTOBER 2010

Assalammualaikum

Berdasarkan permintaan daripada viewers Noramanik Fotopages, insyaAllah, saya akan kembali mengadakan kelas sulaman manik dan labuci kepada mereka yang ingin mendalami sulaman peringkat asas / lanjutan.

Berita baik juga kepada mereka yang ingin mendalami sulaman manik teknik 3D, anda juga dialu-alukan menghadiri kelas yang akan diadakan. Kepada mereka yang ingin mendalami teknik 3D, antara syarat yang perlu ada, anda perlu mempunyai teknik asas bagi memudahkan proses pengajaran. Ini kerana teknik 3D merupakan teknik lanjutan yang memerlukan daya pemahaman yang mendalam supaya anda tidak ketinggalan.

Antara maklumat-maklumat yang anda perlukan adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat : Dewan Rukun Tetangga, Jalan 7/21, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

Pakej A (Sulaman Asas dan Pra Lanjutan)
Harga = RM250.00 seorang
Teknik = 20 - 22 teknik

Pakej B (Sulaman Manik 3D)
Harga = RM250.00 seorang
Teknik = 10 teknik

Pakej C (Teknik Shimmering Flora)
Harga = RM150
Anda perlu membawa baju anda sendiri dan peralatan menjahit seperti labuci, manik, benang dan jarum. Ini kerana saya akan mengajar menjahit terus di baju anda sendiri.

Setiap sesi, kehadiran peserta hanya dihadkan maksimum seramai 10 orang (tenaga pengajar 2 orang). Jika anda berminat untuk menyertai kelas yang dianjurkan, anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM100 sebagai pra-pendaftaran ke dalam akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman. Langkah seterusnya sila maklumkan kepada saya melalui email atau sms atau telefon saya mengenai pembayaran yang telah dilakukan untuk tujuan kemaskini senarai peserta yang hadir di dalam FP saya.


Wednesday, 15-Sep-2010 02:52 Email | Share | | Bookmark
MINI CRUMBLE - KAK ODIE AND EZURA

 
 
Setelah melihat hasil jahitan Mini Crumble yang pernah saya buat untuk Adlina, Kak Odie turut meminati design yang sama. Tanpa membuang masa, Kak Odie terus suruh buat design yang sama untuk dirinya dan anaknya, Ezura.







Wednesday, 15-Sep-2010 02:44 Email | Share | | Bookmark
BEADS ON SONGKET - EZURA

 
 
Repeat design. Requested by the same young customer, Adik Ezura. Guna contra beads colour supaya senada dengan warna kain songket.




[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net