Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Sep-2010 04:04 Email | Share | | Bookmark
CRUMBLE - JU

 
 
 
Permintaan dari Ju yang juga inginkan design crumble dan highlight di bahagian badan.





Tuesday, 7-Sep-2010 03:54 Email | Share | | Bookmark
CRUMBLE - RINII

 
 
Another series of crumble, requested by Rini from Kelantan. Warna manik, pearl yang digunakan memang agak contra dengan background. Ini kerana saya menggunakan warna yang sama seperti corak bunga batik yang digunakan di bahagian badan baju tersebut.

Selamat Hari Raya Rini. Harap2 Rini dah terima baju raya Rini.




Monday, 6-Sep-2010 07:32 Email | Share | | Bookmark
KANTA PEMBESAR

Ada lagi satu alat sampingan yang digunakan bagi melihat gambar2 sulaman manik dengan lebih jelas. Nak tau apa dia. U all pernah tengok Kanta Pembesarkan....? Hah... benda tuhlah yang menjadi salah satu alat yang wajib ada dalam beg jahit 'doremon' saya.

Dah lama jugak saya guna alat nih. Ceritanya bermula bila saya berborak dengan salah seorang peserta yang menyertai bengkel yang dianjurkan pihak FTIM di Subang.

Ada sorang kakak nih (maaf tak ingat namanya), dia kata "Akak gunakan kanta pembesar nak tengok design manik dalam majalah" Spontan saya ketawa bila akak tuh berterus terang dengan saya. Sebabnya saya tak terfikir pun nak guna kanta pembesar. Boleh ke kak... macam kelakar jek... yo yo ooo jek.... siap ada kanta bagai..."
Akak tu siap sound saya... "Ehhhh... awak jangan ketawa...ada gunanya... awak memang nampak clear gambar2 tuh bila guna kanta pembesar. Tak caya, balik nanti, awak beli kanta tuh. mesti awak sukalah..." Iyolah kak, nanti saya beli yea. Masa tu saya macam endah tak endah jek..

Dah beberapa hari saya memang tak ingat pun langsung cadangan akak tu mengenai kanta pembesar nih. Tapi bila tiba tengok majalah, saya mula merenung majalah tuh. Kalau boleh tembus dah lama tembus majalah tuh. Sampai terpusing2 majalah tu saya kerjakan. Macamana aku nak tengok nih... kecik toet gambar nih... Masa tuh barulah terpikir, kata2 akak yang saya jumpa tuh mungkin ada benarnya... Apa lagi, saya pun dengan segeranya pergi ke kedai stationery dekat depan rumah saya tuh.. (nasib baik dekat...)

Akhirnya dapat jugaklah kanta tuh... Punyalah suka, tak sabar2 nak cuba tengok gambar baju manik dalam majalah tuh. Balik rumah, satu persatu mukasurat majalah dibelek, muka yang kelat tadi mula tersenyum puas... Gambar yang kecik toet tuh.. mula jelas, jerawat model tuh pun boleh nampak...

Bila dah kusyuk sangat, mulalah suami saya tegur, "apahal dia nih tengok majalah sampai pakai kanta. Rabun ke bini aku nih..." Malas saya nak layan sebab tengak syiok menelek majalah tuh. Dia ketawakan saya bila dia dapat tau saya tengok gambar2 tuh guna kanta. (ingat2 balik, memang kelakar... itulah penangan giler manik!!!) Hai macam2...tapi jangan tak percaya, sampai sekarang saya masih lagi menggunakan kanta bagi tujuan kerja2 gila tuh.

Okaylah saja nak kongsi pengalaman lucu dengan u all. Lagipun saya rasa sekurang2nya dapat jugak tolong resolvekan masalah mereka yang suka sangat tenung gambar baju manik kat majalah tu lama-lama.

BTW, thank you sesangat kat kakak yang advice saya pakai kanta tuh... Memang ngetop idea akak tuh... Jadi pada mereka yang pernah datang kelas saya tuh, sempat jugaklah saya kongsi pengalaman... and pada kawan2 yang sedang membaca esp. yang tengah 'gila' manik tuh, sila sediakan kanta pembesar selain daripada jarum, benang, manik, labuci, pen lukis, pembaris, dan sebagainya. Jadikan kanta pembesar sebagai alat yang wajib ada yea. Kalau yang dah terror menjahit tuh pun, stand by jeklah kanta tuh, manalah tau, kalau dan dan tuh, nak jugak, sure korang 'mengagau' mana nak cekau kanta kan . biasalah kita orang pompuan nih kan... kalau nak sesuatu tu, nak dan2 tuh jugak.. Tak sesabau nak tunggu.. Saya faham sebab saya pun tergolong dalam spesis tuh...

Salam ceria,
Nora


Monday, 6-Sep-2010 02:45 Email | Share | | Bookmark
TIPS NAK BUAT BUNGA

 
 
 
View all 7 photos...
Saya ada tambahan alat baru bagi menyenangkan saya nak buat bunga supaya nampak sama besar. Since I got this idea from my friend, let me share dengan u all semua supaya kerja menjadi lebih senang dan cepat. Nak tau apa dia. Hopefully info/tips nih berguna kepada u all terutamanya kepada mereka yang baru berkecimpung dalam bidang manik nih.

Nak tau apa peralatan yang digunakan? Pls scroll down. Happy learning.

1. Acuan berbentuk bunga, kalau nak bentuk bintang pun boleh (ikut citarasa anda.) Bentuk bunga ni saya guna sharpener jek. Asalkan saya dapat acuan bunga tuh.
2. Pen berdakwat silver atau gold. (Ink Gel Point Pen).
Saya pernah beritau dulu dalam FP saya, siapa yang nak buat sketching atas kain gelap boleh guna pen jenis nih. (Boleh hilang dakwat bila dibasuh). Even kalau tak basuh pun lelama dakwatnya akan hilang sedikit demi sedikit.

1) Pen silver dan sharperner


2. Tekap sharperner dan lukis mengikut acuan bunga


3. Hasil tekapan


4. Buat 1st layer melalui bahagian luar dulu. Labuci yang digunakan - 2 keping size 6 (susun secara terlentang dan terlangkup.


5. 2nd layer. Labuci yang digunakan 3 keping. 2 keping size 6 (susun secara terlentang dan terlangkup. Pastikan labuci kecil dibahagian atas sekali


6. 3rd layer. Guna labuci mangkuk bunga. 2 keping, (susun secara terlentang dan terlangkup.


7. Sebiji kristal dan sebiji manik bulat untuk bahagian tengah. pastikan bila dah cucuk kristal dan manik bulat, u turn jarum dan cucuk ke bahagian kain dan boleh matikan benang.


Quote:

1. Lieyzaa=> Tq2u2. Kak Nora pun suka dapat tudung yang Liza jahit tuh. Ramai berkenan hasil kerja tangan Lieyzaa.

2. Dana=> Boleh pakai benda lain gak, janji ada bentuk bunga. Nak buat template sendiri pun boleh.

3. Noraini=> sama2.

4. Irineayu=> Sama2.

5. Yan=> Hehehe. Betul3. Yealah tak terpk nak guna acuan kuih. lagi macam2 bentuk kan. Mau tambahlah gadget2 dalam beg doremon kak nora nanti.

6. Jamilah=> Sama2, SHR, MZB.


Thursday, 2-Sep-2010 08:00 Email | Share | | Bookmark
BUNCH OF GRAPES - AISHAH

 
 
 
Alhamdulillah, tahun nih dapat siapkan baju raya for my little Aisya seawal mungkin. Tak nak lagi berlaku kejadian seperti tahun lepas. Kesian dia, kalau tak siapkan manik untuk baju dia.
Itupun dia dah tak sabar, nak pakai. Dia dah petah bercakap, tiap2 hari nak pakai baju cantik katanya. Hmm... biasalahkan, anak perempuan, dah memang nature macam tuh kan. Cuma mama dia punya baju jek tak jahit2 manik lagi. Tengoklah kalau rajin, saya jahit malam raya tuh. Asal ada baju, boleh pakai pagi raya, itu sudah memadai untuk diri saya.

Sebenarnya baju Aisya nih saya dapat idea bila jahit Berry untuk baju2 anak kak Zhed. All this while baju-baju yang saya sulam manik, banyak yang bermotifkan bunga-bungaan, cuma kali nih saya nak cuba motif buah2an pulak. Jadi buah anggurlah yang paling sesuai gitu. BTW, baju ni belum siap sepenuhnya cuma kena tambah sikit2 daun 3D. Kalau nak lagi cantik, sepatutnya buah2 anggur tuh perlu ada shading, kena pelbagaikan tona warna purple tuh, tapi akak nak cepat. blasah jeklah...

Jom, enjoy the pictures k.





Quote:

1. Kak Dzila=> Silap2 Aisya yang gigit dulu. Dia gigit berries tuh, saya gigit tangan dia pulak.

2. Kak Zhed=> What a coincident. Both Aishah cheer the berries.

3. Balkis=> Cilok Kiss... Jangan tak cilok.. Kak Nora pun suka design nih.





[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net