Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Aug-2010 08:58 Email | Share | | Bookmark
MINI CRUMBLE - ADLINA

 
 
One more piece of baju Ad. Berpandukan kepada majalah, Ad nak design yang simple. Walaupun simple, ianya nampak menarik dan manis dipandang.







Wednesday, 18-Aug-2010 08:26 Email | Share | | Bookmark
KOLEKSI KAK DURA

 
 
Design yang simple sahaja mengikut permintaan Kak Dura. Hanya tertumpu di bahagian tangan dan bawah baju (depan) sahaja.




Monday, 16-Aug-2010 04:16 Email | Share | | Bookmark
BUSANA BONDA PUTERI MAYA

 
 
Maya adalah salah seorang regular customer saya. Kali ini bondanya juga menghantar bajunya. Setelah mendapat mandat dari Maya mengenai citarasa bondanya, manik disusun mengikut corak baju. Penggunaan warna utama manik juga tidak terlalu banyak melainkan saya mempelbagaikan tona warna manik agar tidak tenggelam mengikut warna baju yang sedia ada. Pada mulanya saya jahit sedikit design asas. Akhirnya selesailah sudah sulaman manik di baju bonda Maya, hasil gabungan idea yang dijalinkan bersama teman yang mempunyai minat dan kreativiti yang tinggi dalam bidang sulaman manik.

Sulaman manik hanya terdapat di bahagian lengan sahaja.




Quote:

1. Kak Sarimah=> Salam Kak, Selamat Berpuasa. takpe kak kalau sangkut, apa lagi.. open table lah... jahit dalam train tuh... kot ramai beratur nanti yang nak ambik no. giliran ...
Yang kaler gold tuh, bukan manik, tapi ntah, namo apo den pun tak tau nak nyobut... Banyak dah orang pakai, kat tudung2 bawal. saya dah beli lama, cuma tak pakai2, bila ada design baju nih lebih kurang sama corak piring gold nih... saya cuba combine...



Tuesday, 10-Aug-2010 08:08 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT MENJALANI IBADAH RUKUN ISLAM YANG KE 3

Assalammualaikum..

Tinggal beberapa jam lagi.. angin Ramadhan dah pun terasa.. seronok tak terkata.. sana sini dah terdengar ucap selamat menyambut kedatangan RAMADHAN AL'MUBARAK.. kat masjid pun suasana dah berubah.. hati berdebar gembira..kalau tiada aral malam ni kita mula bertarawikh dan esok kita mula menjalani ibadah puasa. Moga ibadah puasa tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas…Allahuakbar… Ampunilah dosa-dosaku, suamiku dan anak-anakku, kedua-dua orang tua dan mertuaku, datuk dan nenek kami, guru-guru kami dan sekelian orang islam muslimin dan muslimat …… Amin ………..

KEPADA SEMUA SAHABAT.. AMPUN DAN MAAF DIMINTA.. SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA..

semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..amin

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan.maaf atas segala ketelanjuran.. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa.





Friday, 6-Aug-2010 08:06 Email | Share | | Bookmark
MY FIRST CRUMBLE

 
 
Alahai...orang lain dah berkurun buat Crumble, saya baru nak buat. Kiranya inilah design Crumble yang pertama saya buat untuk baju customer saya. (alahai lupa lak pulok nama adik manis nih...) Memang dah lama berangan nak buat design nih tapi tak confident. Thanks to Umi Pepari, Mira Skudai, Kak Izan Bangi for sharing the tips.

Atas permintaan adik manis nih.... dia hanya nak menggunakan warna biru turqouise jek bagi mengikut tema majlis perkahwinan yang akan dihadirinya nanti.

Setelah berpuas hati, adik manis nih nak hantar lagi 2 helai untuk dipakai raya, tapi apakan daya, akak tak terdaya.... Tak menang tangan dek non.... baju raya akak tahun nih, confirm memang takde manik. Kebaya nyonya yang dah siap tuh...? Memandangkan potongan badan dah berubah mengikut masa.. lupakanlah seketika baju kebaya tuh yea.. Buat baju raya lain, dah hantar kat http://tamierisha.fotopages.com]Kak Anita nun di Batu Gajah, Perak untuk buat sulaman kerawang. Harapkan kak Ita punya sulaman kerawang jek nanti. Baju raya Aisya... aiyo tak start lagi... Apakah peristiwa raya tahun lepas berulang kembali.... ???? Nehiiiiii...!!!!!!!!!!!!!





[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net