Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Aug-2010 07:25 Email | Share | | Bookmark
KELAS SULAMAN MANIK DAN LABUCI

Assalammualaikum,

Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri kelas sulaman manik yang saya anjurkan, sukacita diumumkan bahawa, kelas sulaman tersebut akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 8 Ogos 2010 (Ahad)
Jam : 9 pagi - 6 petang
Tempat : Balai Raya Taman Putra Perdana, Jalan PP7/21, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor
Bayaran : RM250
* Deposit : RM100

* Sila masukkan wang deposit anda ke dalam akaun Maybank saya 101 208 206 973 (Nora Abd Rahman) dan maklumkan kepada saya tentang transaksi yang dilakukan melalui email :
nora.beads@yahoo.com atau 012-3654519


Minta maaf atas short notice.




Thursday, 29-Jul-2010 10:52 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - KAK SHIDA

 
 
 
Another series of Shimmering Flora. Sebenarnya untuk tatapan Kak Shida dulu. Hopefully kak Shida happy.

Nak jahit SF nih tak susah, kadangkala pemilihan colour yang sesuai, penat punggah manik/labuci, keluar masuk, keluar masuk stor. Maklumlah nak susun manik dalam bekas pun dah takde masa. Nak beli bekas besar pun tak beli2. Sudahnya saya agihkan semua jenis labuci dan manik dalam plastik bag mengikut jenis dan warna. Hah pilihlah kat situ. Jadinya tempat menyimpan manik saya ada kat mana2. Memang tak organise langsung. Itu yang penat.... lenguh pinggang.... . Pernah suruh pembantu rumah saya susun, sudahnya saya yang penat kena buat kerja dua tiga kali, susun balik ikut warna dalam setiap bekas besar. Last2..hmmm... gasaklah situ, ada masa saya buat, takde masa , duduk diam2. Janji saya tau kat mana letaknya barang2 jahit saya bila diperlukan.

Okay, enjoy the pictures.









Monday, 5-Jul-2010 07:19 Email | Share | | Bookmark
ANGGUNNYA AIN

 
 
 
Baju ke 3 Azeanny. Kali ni Yan nak corak yang sama dengan baju Johan Pertandingan Sulaman Manik Labuci 2009 anjuran pihak FTIMdc. Kredit to cik adik manis, Ain. Cuma baju ni saya tidak mengaplikasikan sulaman benang. Kalau buat sulaman benang, memang nampak gaya, saya tak boleh menyerahkannya kepada Yan sewaktu Yan menyertai kelas sulaman manik/labuci/benang yang saya anjurkan di Kelantan baru-baru ini.

Jawapan yang sama ketika diajukan soalan kepadanya sewaktu Yan ingin menempah lagi baju raya. “Kenapa tak jahit sendiri walaupun dah masuk kelas”. “Takde masa” kata Yan. “Akak tak nak duit saya ke….? “ … Okaylah Yan, kalau nak bagi rezeki, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak, ye tak….?"

Okay, let’s see the pictures. InsyaAllah, akan diupload from time to time k. Buat yang sentiasa melawat FP saya, semoga penantian setia adik2 dan kakak2 dapat diubati. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menjadikan gambar2 yang terdapat dalam FP saya sebagai insiprasi.





Quote:

1. Wan=> Tq Wan, Kak Nora pun stuju dengan pendapat Wan, colour combination memang penting. Ramai orang boleh jahit, tapi menghadapi dilemma kalau bab pilih colour. Kak Nora pun selalu pening dan penat nak pilih colour, sometimes it takes me few hours to choose the colours. Masih lagi dalam proses pembelajaran dalam memilih colour. Salah sorang cikgu Kak Nora kata, maximum colour is 3-4, tapi pelbagaikan ton warna.

2. Dana=> Tq Dana, sebab jadikan FP kak Nora salah satu sumber inspirasi.

3. Liza=> Kelas memang sentiasa ada dalam bulan Julai ini. Cuma kak Nora tak publish dalam FP, sesiapa berminat boleh call. Kelas diadakan hanya pada hari Sabtu atau Ahad. Kelas terakhir akan diadakan minggu terakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan.

4. Mummy=> Sure mummy boleh…

5. Noris=> Waalaikumsalam, terima kasih and semoga Noris pun success dalam bidang sulaman dan dilimpahkan rezeki. Amin.

6. Lieyzaa=> Tq Lieyzaa, Untuk bunga ni ada 3 teknik yang telah digunapakai. Kelopak bahagian luar (1st layer) guna teknik labuci bersayap, 2nd layer, guna teknik sisik ikan, bahagian tengah/inti, boleh guna teknik cendawan/3 serangkai atau labuci bersayap (guna labuci mangkuk yang kecil berbentuk bunga).

7. Noriza=> Sebenarnya kak Nora bukan punya idea nih. Kak Nora ikut idea adik Ain kita, Johan pertandingan sulaman tahun 2009. Sesuai dengan title yang disandang, hasil sulaman Ain memang sangat halus dan tak puas mata memandang.

8. Kak Sarimah=> Kak Sarimah, takpe kak raya puasa ada 30 hari, paling kurang, mau ada 5-6 pasang baju raya akak. Design2 yang ada boleh dijadikan panduan. Sompek laie kalau nak jaet.

9. Kak Roza @ Kak Eta=> Salam kekanda yang baik budiman, alhamdulillah, saya sihat, dan semaikin SIHAT. Hint2.
Rumah terbuka, insyaAllah, apa salahnya kalau sahabat sekelian sudi bertandang ke rumah saya, semoga kehadiran semua membuatkan rumah saya sentiasa bersinar2 dipancari kilauan manik, labuci, kristal dan sebagainya. Sediakan spek hitam yea, untuk langkah keselamatan. Hahahhahaha

10. Nilam sari=> Terima kasih kerana meminati jahitan akak. Cuma akak ni tak menjual tutorial. Sekadar berkongsi tips dan ilmu sewaktu kelas dijalankan.

11. Fara=> Salam Fara, Untuk kelas di Kuala Terengganu, buat masa terdekat sehingga akhir tahun memang kak Nora freezekan aktiviti kelas di luar kawasan, hanya di Puchong Selangor sahaja. Tentang tutorial tuh, adik boleh membeli buku2 Rozita Jaafar yang lengkap dengan gambar dan teknik menyulam.

12. Halizda=> Terima kasih. Make sure eh... salah satu gambar2 yang Lizda print tuh, jadikan ianya kenyataan untuk baju Lizda, Insyaallah, sure boleh punya.

13. Zura=.> Waalaikumsalam, salam perkenalan jua... Kepuasan pelanggan menjadi kepuasan kita jugak. Penat lelah terbayar melihatkan pelanggan tersenyum puas.

14. Azie=> Tq Azie, frankly speaking, saya banyak pelajari teknik colour combination melalui observation di buku sulaman Kebaya Nyonya RJ dan buku2 sulaman2 yang lain. Selepas itu, mana2 bunga sulaman yang terdapat di kebaya Nyonya, telekung, tudung bawal dan sebagainya, saya jadikan panduan sewaktu menyulam baju2 customer saya. Selagi minat dan usaha yang belum pudar ini, selagi itulah ilmu sentiasa dicari. InsyaAllah.




Saturday, 3-Jul-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
KELAS SULAMAN DI KELANTAN

 
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri Kelas Sulaman mengikut pakej yang anda inginkan (sila lihat pakej kelas sulaman di bawah), saya akan mengadakan kelas berdasarkan maklumat seperti berikut:-

MAKLUMAT KELAS

Tarikh : Sabtu,3 Julai 2010
Masa : 9.00 AM - 6.00 PM
Tempat : Lot 728, Jalan Masjid Lundang, Taman Restu, Belakang PMU-TNB (Pencawang Masuk Utama), 15150 Kota Bahru, Kelantan (2 minutes driving from KBMC / Kedai Nasi Kak Wok.


PAKEJ MANIK LABUCI
Teknik : 20 Teknik Sulaman Manik & Labuci
Yuran: RM 250

PAKEJ BENANG
Teknik : 15 Teknik Sulaman Benang
Yuran: RM 250

PAKEJ MANIK LABUCI & BENANG (Baru)
Teknik : 10 Teknik Sulaman Manik & Labuci + 7 Teknik Sulaman Benang
Yuran: RM 250

KENAPA NORAMANIK?

1. Berpengalaman dengan teknik pengajaran yang baik.
2. Berpengalaman menjahit (hands-on experience) pelbagai jenis baju dengan pelbagai penggunaan material.
3. Harga yuran yang berpatutan.
4. Minum Pagi dan Petang serta Makan Tengahari disediakan.
5. Sijil Penyertaan yang akan diberikan julung kali nya bermula pada Tahun 2010.
6. Hadiah Eksklusif kepada mereka yang membawa seramai 5 Peserta ke atas.
7. Peralatan jahitan disediakan.


*** Untuk makluman mengenai Hadiah Eksklusif daripada pihak Noramanik, sila buat pertanyaan melalui telefon kepada saya, Nora di +6012 365 4519. ***


PROSES PEMBAYARAN

1. Membuat pembayaran Pra-Pendaftaran sebanyak RM 100.00 ke Akaun Maybank 101 208 206 973 - Nora Abd Rahman.
2. Maklumkan kepada saya mengenai maklumat pembayaran Pra-Pendaftaran (Nama penuh, Tarikh & Masa pembayaran DAN Pakej Pilihan) melalui Email : nora.beads@yahoo.com / Tel : +6012 365 4519.
3. Pengesahan Pra-Pendaftaran anda akan dibuat melalui email anda.
4. Baki pembayaran yuran hendaklah dibuat semasa Pendaftaran kelas seperti yang tertera di MAKLUMAT KELAS di atas.

Sekian, Salam Sayang,
Nora.

PENGESAHAN PENYERTAAN
1. Dayang Robiah Bt. Mohd Munir - KB
2. Kak Aida - KB
3. Wan Rohaya Bt. Wan Mamat - Jengka, Pahang
4. Nur Hafizah Bt. Ahmad Tajul
5. Harnani Bt. Husain
6. Noor Hafizah Bt. Mohd Shah
7. Norfianti Bt. Mohd
8. Norhasliza Bt. Husain - Wakaf Bharu
9. Yusrizam Bt. Yusop
10. Siti Zuraida Bt. Ibrahim
11. Zaimah Bt. Che Dollah
12. Sakiah Bt. Yusoff
13. Robiatul Adawiah Bt. Mahasan
14. Sharifah Bt. Mat Said
15. Norfaradiza Bt. Mohd Noor
16. Sarini Bt. Ab Rahman
17. Sarena Bt. Hassan
18. Ira Atila
19. Noor Azeany Bt. Arifin



Tuesday, 22-Jun-2010 05:26 Email | Share | | Bookmark
BAJU NIKAH - RINI'S NIECE

 
 
 
View all 5 photos...
Masih dalam proses menyiapkan sulaman manik untuk baju pernikahan Rini. Tinggal nak siapkan sedikit lagi di bahagian badan dan di tangan. Rini nak tengok dulu sebahagian sentuhan yang dilakukan....? Amacam Rini... Errrr okay ke...?




5 Julai 2010
Alhamdulillah, sempat saya menyiapkan baju ni dan menyerahkan kepada Rini sewaktu kelas saya di Kelantan. Sebenarnya baju ni baju nikah anak saudara Rini. Saya tersilap dengar, ingatkan baju nikah Rini, rupa2nya Rini sudahpun bergelar isteri dan ibu kepada 2 orang anak.
Ada 2 helai baju Rini yang menanti dalam simpanan saya. dan insyaAllah sekiranya ada rezeki, beliau akan hantar lagi. Pabila ditanya kenapa nak hantar baju lagi setelah menghadiri kelas saya di Kelantan. Jawapannya, beliau tak sempat nak jahit baju sendiri sebab dia ni tailor, banyak baju orang yang nak dijahit. Saya tak terkata apa.... beginilah penangan yang sering kali kedengaran pada si tukang jahit, tukang buat kuih raya dan sebagainya.... Don't worry Rini, kita serupa....






Quote:

1. Mira=> Salam Mira, thanks. Bukan 100% from my idea. From the observation, tips, info, so kita boleh enhancekan semula basic yang kita perolehi.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net