Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Mar-2009 09:35 Email | Share | Bookmark
Soalan-soalan Lazim

Soalan 1:
Saya berminat dalam sulaman manik dan labuci ini, boleh kongsi bersama bagaimana saya hendak bermula minat saya ini sehingga saya berupaya mengambil upah menjahit?

Jawapan:
Sekurang-kurangnya bermula dengan buku sebagai permulaan untuk mengenali jenis dan teknik sulaman, disusuli belajar daripada pelbagai tenaga pengajar, berlatih pada baju sendiri dan anak-anak, dapat keyakinan sedikit, ambil upah jiran tetangga, kenalan terdekat supaya kalau ada masalah, senang dia orang komen secara terbuka dan anda perlu bersedia menghadapi komen atau kritikan tersebut dan seterusnya bila dah rasa keyakinan anda meningkat, ambil upah secara terbuka dan pasarkan menggunakan internet menerusi laman-laman web percuma mau pun berbayar (i.e. fotopages, blogspot, www.88db.com, dsb-nya).

Soalan 2:
Saya sememangnya minat pasal sulaman sulaman manik dan labuci ini cuma tidak berminat untuk menjahit, bagaimana dengan menghadiri kursus sulaman manik dan labuci mampu membantu saya dalam menjana wang?

Jawapan:
Terdapat pelbagai cara selain daripada mengambil upah menjahit, ada yang menjadi agen kepada tenaga penjahit dengan mencari pelanggan dan seterusnya menjana wang dengan pembahagian wang yang dipersetujui bersama, ada pula yang menjual peralatan jahitan, ada yang menjual buku, dsb-nya. Maka, dengan menghadiri kursus ini secara tidak langsung anda akan belajar mengenai manik dan labuci, teknik-teknik dan tips yang mana meningkatkan kefahaman anda di dalam dunia manik dan labuci ini. Ini akan membantu anda dalam meneliti pemilihan manik-manik yang berkualiti dan juga tenaga pengajar yang baik. Yang penting, ialah di mana kita posisikan diri kita dan bagaimana kita berkolaborasi dengan yang lain supaya mencapai satu situasi yang di panggil win-win situation di mana kita dan orang-orang disekeliling kita mendapat faedah-faedah yang boleh dikongsi bersama.

Soalan 3:
Saya sudah menghadiri pelbagai kelas sulaman manik dan labuci, maka dengan itu saya hanya hendak menjurus ke satu teknik sahaja seperti Shimmering Flora, adakah Kak Nora mengadakan kursus tersebut?

Jawapan:
Untuk pengetahuan semua, pada masa ini, saya tidak mengadakan kursus semacam itu kerana kursus yang saya jalankan adalah untuk dan hanya untuk orang yang baru dan juga yang mampu menjahit serba sedikit sulaman manik dan labuci. Akan tetapi, tidak menjadi halangan pada mereka yang merasa bahawa mereka sudah mahir dengan asas untuk menghadiri kelas saya cuma perhatikan analogi seperti berikut. Kebanyakkan wanita boleh dikatakan tahu memasak, kita ambil contoh masak kari ayam, bahan-bahan asasnya tentulah perisa kari, ayam, bawang, garam, dsb-nya. Tetapi apa yang membuat rasa kari ayam itu sedap walau pun bahan yang kita gunakan sama, sudah tentulah cara atau teknik memasaknya di mana sekiranya anda mempelajari menu memasak kari ayam ini daripada kenalan kita mau pun daripada tukang masak yang lain, sudah tentu ada perbezaannya, seperti cara memotong bawang itu sendiri akan mempengaruhi rasa masakan anda itu. Maka dapat disimpulkan di sini, bahawa nama teknik atau cara adalah sama tetapi cara mempratikkannya mungkin berbeza dan dengan kerana itu kelas saya ialah kelas asas dan lanjutan yang mana seterusnya mampu menzahirkan Shimmering Flora. Dengan ini, saya tidak perlu flashback kepada teknik asas buat mereka yang hanya mahu belajar teknik Shimmering Flora sahaja kerana buat pengetahuan semua, Shimmering Flora ialah salah satu hasil daripada gabungan teknik-tenik asas.

Soalan 4:
Tetapi bagaimanakah seseorang yang baru melangkah ke dunia sulaman manik dan labuci ini berupaya untuk menjahit jahitan seperti Shimmering Flora?

Jawapan:
The way the course had been designed. Semua tenaga pengajar ada cara mereka tersendiri di mana bukan tempat saya untuk mengatakan bahawa cara saya yang terbaik, cara orang lain salah dsb-nya. Akan tetapi, teknik mau pun cara yang saya ajar telah pun berjaya dipratikkan oleh mereka yang menghadiri kelas saya sekarang sama ada secara rasmi mau pun sebaliknya sebelum ini. Susah mahu pun senang itu terpulang kepada kecekalan. Yang penting ialah kesungguhan walaupun tidak kita nafikan bahawa bakat juga memainkan peranan dalam apa jua yang kita laksanakan tetapi kesungguhan usaha dan tawakal boleh atau mampu mengatasi bakat itu sendiri, Insya-Allah.

Soalan 5:
Saya hendak menghadiri kelas Sulaman Manik dan labuci Kak Nora cuma saya punyai pelbagai masalah untuk menghadirinya seperti jauh, tiada orang jaga anak-anak, tiada duit yang mencukupi, tiada kenderaan, tiada masa untuk peruntukkan seharian belajar, dsb-nya, bagaimana ya?

Jawapan:
Buat pengetahuan semua, saya bukannya pakar motivasi dan yang pasti saya bukan mampu untuk membantu semua orang. Maka saya seperti di kalangan beaders yang lain mencari sumber sampingan yang dapat serba sedikit membantu dalam permasalahan kehidupan berkeluarga yang mana cara saya mencurahkan bakti ialah memberikan perkhidmatan tertentu dalam dunia sulaman manik dan labuci ini supaya anda dapat juga memulakan langkah atau pun meningkatkan prestasi anda sendiri. Maka, perlu kita faham bahawa dalam kehidupan seharian, kita dibelenggu dengan pelbagai masalah, semua orang di dalam dunia ini ada masalah tidak kira umur, jantina mahu pun warganegara. Persoalan bagaimana kita hendak menanggani sesuatu masalah mestilah dari kita sendiri, kita boleh melontar seribu alasan dan percaya atau tidak, kita sendiri yang mampu menjawap soalan itu cuma, hendak atau tidak memilih jawapan kepada soalan permasalahan kita itu. Dan yang membuat kita tidak mahu memilih pilihan jawapan yang tepat kepada soalan permasalahan itu adalah kerana jawapan itu ialah jawapan yang sukar kita hendak lakukan tetapi tidak mustahil untuk dilakukan, difficult but not impossible. Dalam hal ini, ini lah ujian permulaan bagi anda yang mengatakan anda minat untuk mendalami sulaman manik dan labuci mau pun dalam apa jua yang anda kata anda minati. Sejauh mana yang anda sanggup korbankan masa, wang dan tenaga demi mencapai cita-cita anda dan juga bagaimana orang-orang disekeliling anda dapat membantu anda. Ingatkah waktu anda mencintai mahu pun dicintai si dia? Dunia ini tiada alasan yang mampu menghalang anda untuk bersama si dia, umpama "sedangkan lautan api sanggup ku renangi, apatah pula waktu jamm di KLCC". Ringkasnya, bak kata pepatah, "hendak seribu daya, tepuk dada tanya selera". Oleh itu, harap maklum apa yang saya katakan bukan berunsur paksaan tetapi sebagai peringatan di mana cuba anda bayangkan cabaran-cabaran lain yang bakal mendatang setelah anda memasuki dunia sulaman ini sedangkan cabaran permulaan amat sukar bagi anda untuk lalui. Fikir-fikirkan lah.

Soalan 6:
Saya hendak tanya sikit dengan Kak Nora, kenapa harga tempahan mahu pun kelas si dia ni mahal/murah berbanding dengan Kak Nora?

Jawapan:
Pada masa ini, tiada had rasmi bagi sesuatu harga tempahan mahu pun kelas sulaman, cuma dikalangan beaders ada yang berkongsi harga masing-masing bagi meletakkan harga yang berpatutan supaya tidak terlalu murah mahu pun terlalu mahal. Cuma untuk mendapat harga yang sama tepat agak sukar kerana ini bergantung kepada kebolehan, keistimewaan, ketepatan delivery of goods, kualiti dan juga beaders name itu sendiri. Oleh itu terpulang kepada para pelanggan itu sendiri menilaikannya sebelum membuat pilihan.

Soalan 7:
Adakah kelas ini hanya diadakan sehari sahaja atau berperingkat-peringkat?

Jawapan:
Kelas saya hanya dijalankan satu hari bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 6.30 petang. Melalui survey yang dijalankan, kebanyakkan yang berminat menjahit ini terdiri dari kalangan suri rumah tangga dan wanita yang berkerjaya yang hanya boleh meluangkan masa untuk suami dan anak2 pada hari minggu sahaja. Oleh itu, saya cuba meminimumkan masa supaya anda tidak terikat dengan jadual kelas pada setiap minggu. Pada masa yang sama anda boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Soalan 8:
Mampukah kita mempelajarinya dalam masa satu hari?

Jawapan:
InsyaAllah, majoriti yang hadir ke kelas saya memperolehi ilmu sulaman manik pada masa yang ditetapkan malah sekiranya mereka mampu ’bertahan’, saya tidak teragak2 memberikan lagi satu mahupun dua lagi teknik bonus. Semuanya bergantung kepada minat, kecekalan dan kesabaran yang terdapat dalam diri individu itu. Pendekatan one-to one couching juga memainkan peranan penting dalam membantu peserta mendalami ilmu semasa kelas dijalankan.

Soalan 9:
Saya terpegun dgn kegigihan pn nora sehingga dpt mengembangkan bakat sebegini sehingga boleh menuntut pengasas kpd sebuah teknik SF sedangkan ramai para penggiat fesyen seperti radzwan radzwill, man kajang, zang toi dsb pun tidak pernah mengatakan mereka pengasas kpd perkara-perkara berkaitan fesyen. saya sarankan pn nora mendaftarkan tanda dagangan (trademark) sbg pengasas supaya teknik itu dpt digunapakai oleh seluruh penggiat fesyen & tidak ditiru. saya juga ingin sekali mengikuti kelas pn nora & ingin tahu jika sijil yg akan dikeluarkan nanti disokong atau diterima mana-mana sekolah fesyen. sekian, tq.

Jawapan:
Pertama sekali, Terima kasih di atas pertanyaan saudari cuma pertanyaan saudari ini ada ber'bau' nakal sedikit tetapi tidak mengapa saya akan jawab sebaik mungkin . Pertanyaan saudari mengenai IPO or Intellectual Property Ownership (IPO) adalah wajar kecuali contoh yang saudari gunakan adalah tidak wajar. Contoh di mana saudari bandingkan dengan mereka yang terkenal dengan sulaman mereka sendiri yang tidak mempromosikan sulaman mereka adalah hak mereka sendiri. Rata2 yang telah mengunjungi FP saya telahpun mengetahui bahawa rekabentuk Shimmering Flora telah saya war-warkan bermula dari akhir Tahun 2008 sendiri di mana rekabentuk tersebut telah pun dikenali oleh mereka yg telah menghadiri kelas sulaman saya mahupun yg menempah untuk sulaman manik/labuci. Namun seandainya saya terlepas pandang @ tidak sengaja bahawa gubahan/gabungan teknik2 sulaman telahpun digunakapakai untuk menjadikan design SF, saya bersedia memohon maaf. Memandangkan saya mengambil tempahan menjahit manik, maka adalah tidak menjadi satu kesalahan sekiranya saya namakan design itu sendiri sebagai SF untuk rujukan saya dan seterusnya bagi menyenangkan ketika berurusan dengan para pelanggan. Saya pun tidak keberatan malah amat berbesar hati berkongsi design dengan para penggemar sulaman manik. I believe in sharing.... The more u share knowledge with others, the more benefit and knowledge u will get.

Pertanyaan saudari mengenai sijil bahawa adakah sijil saya diiktiraf oleh mana-mana institusi fesyen. Buat pengetahuan saudari, sijil yang saya keluarkan adalah sijil penyertaan @ kehadiran seperti mana yang diiklankan (mungkin saudari terlepas pandang atau ghairah menjadi 'nakal' ) di mana ia sebagai token penghargaan saya kepada mereka yang hadir pada kelas saya. Sijil yang dikeluarkan bukanlah SIJIL KEMAHIRAN yang diiktraf oleh badan-badan tertentu di mana ia boleh digunapakai untuk mendapat tempat yang sewajarnya di industri fesyen. "Thus, what I believe is very simple, we are here in this world" untuk memberikan yang terbaik di dalam kemampuan kita dan niat kita kena ikhlas dahulu dalam apa jua yang kita lakukan. Who will be our judge in this world? well it's our customer dear, regardless religion, race, OKU (see my training classes who had attended) and if you believe in after life, well you should know better who will be our judge. Therefore, saya pinjam kata-kata rakan saya, "It's not only about beads and beading. It's all about passion" kerana minat dan usaha serta niat yang ikhlas dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik adalah kunci kejayaan dan kunci kepercayaan daripada existing and potential customer, Insya-Allah.

Semoga Q&A ini akan dapat membantu anda.

Quote:

1. Balkis=> . a'ah... iyolah tuh... Apa2pun, terima kasih Kis...

2. Cikgu Diana=> Sabar ye cikgu... Kalau tak sampai hari ini, esok lusa sampailah, sebab dah pos hari Selasa. Kalau tak dapat, pls call me, kita kowtim cara lain laks... okay ?






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net