Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Nov-2008 14:47 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS - SESSI 2/2008

 
 
Assalammualaikum w.b.t,

Sebelum saya merakamkan ucapan terima kasih dan tanniah kepada adik2, kakak2 yang telah menghadiri kelas Sulaman Manik dan Labuci yang telah saya adakan pada 16 November 2008, terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf sekali lagi seandainya kelas berakhir agak lewat. Namun saya amat berharap agar ianya amat berbaloi dan seterusnya pergorbanan bukan sahaja wang tetapi tenaga dan masa di mana peserta-peserta yang datangnya dari sekitar Lembah Klang termasuk Putrajaya, yang dekat setaman mau pun jauhnya dari Kuantan, tidak lupa juga kepada Zai dan adiknya yang menjual peralatan manik dan labuci bagi memudahkan peserta-peserta membelinya, amatlah saya hargai.

Alhamdulillah, kelas sessi 2/2008 amat bermakna bagi diri saya dan peserta-peserta kali ini, lebih-lebih lagi dengan kesudian mentor saya, Pn. Rosita Jaafar telah menghadiri dan meluangkan masa untuk berkongsi ilmu, pengalaman beliau dan juga sesi autograf bersama peserta-peserta. Kunjungan beliau yang tidak disangka pada mulanya itu (walaupun pernah bincang utk datang cuma faham keadaan Pn.Rosita Jaafar yang agak sibuk), akhirnya menjadi kenyataaan kerana lebih kurang jam 5.30 petang, beliau datang bersama pembantunya yang lebih dikenali dengan nama glamournya, E.J, dan seterusnya memberi kejutan kepada peserta-peserta yang tergamam dengan kehadiran beliau.

All I can say, Alhamdulillah, I feel so honored with her presence. Semoga dengan berkat, dorongan dan restu dari Mentor saya, saya dapat pula menyalurkan minat saya yang mendalam mengenai ilmu sulaman manik dan labuci kepada mereka yang berkongsi minat dengan saya dan juga seterusnya kepada generasi yang akan datang. InsyaAllah....

Di sini, saya ingin berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang sessi tersebut berlangsung.





Akhir kata, terima kasih atas sokongan adik-adik dan kakak-kakak dan juga terutamanya kepada Mentor saya, Pn. Rosita Jaafar. Sekiranya ada apa2 kekurangan dari pihak saya dan Lily, (adik dan merangkap pembantu setia saya), salam kemaafan kami hulurkan.

Buat Lily, thank you so much for your kindness, endless support and sharing thoughts, solutions thru good and bad times together. I am so glad to have a wonderful sister like u.

Quote:


1. Mira=> Thanks Mira.. Takper, perhaps next time... who knows kan...?

2. Balkis=> Tahniah sebab awak dan Yati (2-2 orang Gombak) bertuah dapat kain contoh tuh... Rajin2lah beading lepas nih, semoga bertambah lagi rezeki dalam mengambil tempahan jahitan...

3. Dayang=> Thanks sebab korang sudi tunggu sampai habis class walaupun baby dah mula menangis. Bestkan dapat jumpa RJ. Dia tak lokek kongsi tips bagai. InsyaAllah, kalau ada permintaan tentang class more advance, memang kak nora akan usahakan. One by one okay..
Dah siap FP, bagitau kak Nora, boleh kak nora linkkan kat SUPPORT BEADERS. Some of my previous students, like Aisya, Mira & Izan who have their own FP and share with me, dah mula dapat customer on line from everywhere. Alhamdulillah, murah rezeki diaorang...

4. Sally=> Sally ni baguih sungguh, nun dari jauh, Kuantan siap bawak, bekal biskut raya bagai untuk disharekan bersama kami... Kitaorang tak kisah... balun jek, selagi boleh makan, makan.....sambil jahit, sambil ngap, murah rezeki sally.. Alhamdulillah, selamat sampai. Lepas nih, boleh siapkan baju VIP tuh yea... Publish kat FP u.

5. Sally= Sedap yea.. ? Nanti kak Nora mintak resepi tu kat my neighbour. Dia caterer, Sedapkan.. Kak Nora pun kadang2 mintak resepi kat Hj Dollah dan isterinya, Sakinah .. Apa2 hal, nanti kak nora emailkan resepi ToFu Jepun tuh..

6. Kak Mimi => Thanks for everything, cepat-cepat la siapkan baju hijau tuh, lepas ni boleh sub, rumah kita pun dekat nak kacau tengah2 mlm pun no hal daripada dok membazir bayar duit sms, lepas tuh nanti ada org ingatkan boy prend pulak, tak pun 'Norman' *toootttt* . Kak Mimi, thanks for your comment and good reccommendation.

7. Lily => Bravo, bravo Lily!!! tak sesia aku ambik ko ni hah jadi pembantu peribadi, lepas ni gaji boleh 'up' lagi

8. Naziha => Oooo... patahkan jarum 2 kali ehhh... kak nora ingatkan sekali jek patah... Memang terror ler Naziha nih… Takper2… teringat laks pantun lama nih, “kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan didalam peti, kalau ada silap dan salah, jangan simpan di dalam hati… “

9. Cikgu Faridah & cikgu Ashira=> Thank you kak Faridah for your comments and recommendation. Kak, cuti sekolah nih, apa lagi, buatlah projek jahit manik untuk baju2 baru, kalau nak jimat, make over jek baju2 lama tu naik sekolah tuh, fullammak, glamour tuhhh.. Mesti cikgu2 lain kagum…

10. Saerah=> Congrats, Lepas nih tambah satu lagi Job Description, Beads Embroidery Instructor…

11. Kak Marina= Dia ni tailor, pas ni kalau tak nak sub jahit manik kat orang, akak buat sendiri, tambah masyukkkk… Alhamdulillah… Amacam, boleh eh kak, fahamkan ari tuh …

12. Yati & Balkis => Tahniah sebab bertuah dapat sample jahitan tuh, Kak Nora and Lily bersengkang mata taw nak siapkan sample tu untuk class u all. Jangan lupa practice, tak paham, tengok sample tuh.. k…

13. Zura => Yeszerrr Zura, tq.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net