Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Dec-2008 03:08 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS 5/2008 (CLASS DI JOHOR)

 
 
Alhamdulillah, sampai juga saya ke kampung halaman saya dan selamat menjalankan Kelas Sulaman Manik dan Labuci Peringkat Asas dan Lanjutan yang ke 5. Kelas yang diadakan di Johor ini walaupun ianya merupakan kelas yang pertama namun ianya sebagai Kelas Penutup pada tahun 2008.

Terima kasih kepada Mas Pulai yang mendorong saya membuka kelas di Johor. Terima kasih juga kepada Huzaimah yang menjadi first participant to register dan mengajak Kak Longnya join my class pada saat-saat akhir. Dan big thanks juga kepada Siti yang membawa groupnya yang terdiri daripada Liza, Julyana and Ida menghadiri class yang saya dan Lily anjurkan. Semua mereka yang hadir kelas saya pada kali ini adalah terdiri daripada suri rumah tangga dan ibu2 yang muda, yang bekerja sepenuh masa.

Rata-rata sebahagian peserta kali ini ada yang sudah pandai menjahit malah sudah ada yang sudah mengambil tempahan. Mereka sudi menghadiri kelas saya kerana ingin mendalami ilmu sulaman manik dengan lebih lanjut lagi. Begitu juga dengan sebahagian peserta yang tidak pernah langsung menyulam manik dan labuci sebelum ini. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan terhadap saya dalam berkongsi ilmu sulaman manik dan labuci ini. Selain mereka diajar teknik sulaman asas sebanyak 20 teknik saya juga menyelitkan sebahagian tips-tips. Antaranya adalah bagaimana mereka hendak mendapatkan kualiti jahitan yang cantik dan kemas (termasuk agar benang2 di belakang baju tidak berselirat, cara mematikan benang dengan kemas agar tidak mudah terbuka dan menyebabkan manik2 senang tercabut, cara2 mendapatkan jahitan di bucu leher dan di bahagian butang leher agar tajam dan kemas, cara2 melakar design yang ringkas pada pakaian dan sebagainya). Saya berharap agar RM200 yang dilaburkan tidak sia-sia as I understand it comes from your hard earned money. Namun begitu kenalah rajin practice jahit manik dan labuci sebab jahitan adalah satu kemahiran. Semakin banyak kita jahit, kita tak mudah lupa, begitu jugaklah sebaliknya. (I am talking based on my experience jugak sebab sampai sekarang, saya memang tak berapa mahir menjahit baju kurung sebab tak mempunyai masa yang cukup nak melakukannya, walhal mak saya sendiri adalah tukang jahit, alangkah ruginya saya kalau saya tak mempraktikannya selalu). InsyaAllah, mungkinkah ianya menjadi salah satu agenda azam saya dalam melayari hari-hari yang mendatang pada tahun 2009 ini... (hehehhehe, tepuk dada tanya selera...)

As usual, dalam class kali ini tradisi cabutan bertuah masih lagi dikekalkan. Contoh atau sampel jahitan kali ini dimenangi oleh July yang berasal dari Lahad Datu, Sabah dan Liza from Senai (if i am not mistaken).

Tirai 2008 akan berlabuh dalam 2 hari lagi. Tahun 2008 telah banyak meninggalkan kenangan manis pada saya kerana antaranya saya berpeluang mengenali kawan2 yang berkongsi minat yang sama dari pelbagai negeri termasuk Brunei dan Singapore. Kepada pengunjung setia yang sering menjengok FP saya, terima kasih atas kunjungan anda yang tidak jemu2 walaupun adakalanya lama saya tak mengupdate FP saya. Semoga tahun 2009 dan akan datang, akan menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya dan semoga Allah akan sentiasa melindungi kesejahteraan hamba2Nya dan menjadikan hambaNya agar sentiasa ingat, tidak riak dan sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnianya sama ada ianya datang dalam bentuk dugaan mahupun ganjaran rezeki darinya. Amin....

Akhir kata, salam hormat dari saya sekeluarga.

Dalam ramai2 tuh, terselit adik2 saya, selain Lily, Intan dan Ika (15 years old) yang berkongsi hobi menjahit manik.




Quote:


1. Sally => Terima kasih Sally, for saling ingat mengingati, sebab kita kadangkala mudah terleka. Nama pun manusia biasa. Semoga hidup Sally juga sentiasa dilimpahi kemurahan rezeki dan kasih sayang dari Allah, suami, keluarga dan kawan2 Sally. Amin...

2. Balkis=> InsyaAllah, manalah tau berkat kata2 Kis, next time, everywhere I can fly ... (heheheh boleh ker aku nih... takper... berangan dulu... )

3. Zai=> Zai, Alhamdulillah, the more we share, insyaAllah the more we will get... . For those yang pernah attend my class before this, and they have their own FP or blog, memang Kak Nora purposely link dengan FP kak Nora... is just a matter of we support each other... Sapa2 yang tak nak ambik upah pun takper... tapi mana tau, boleh tau perkembangan and sharing thoughts. Buat sulaman benang... heheheheh, nanti dulu... kak Nora belum grad lagi.. . Dah grad nanti, dah terror, baru kak nora bukak kelas sulaman benang pulak..

4. Asma=> Asma, I've your no. nanti I will call u k... Thanks.

5. As=> InsyaAllah, Rozita jeles?? tak de maknanya sayang oii... Kak Nora baru nak start enjin kereta, dia dah terbang dengan jet dah...

6. Glitznglamz=>InsyaAllah, kak Nora pun harap2 agar kak Nora dapat buat lagi class kat JB.

7. Siti=>Salam Siti... Your welcome. Cayolah dengan u all... Siti, best 'ek' ada kawan2 yang terdekat kongsi minat yang sama. Yelah mana boleh jadi kalau asyik dia jek pakai baju manik... aku pun nak buat gak kan...??? ... Dah pergi ke kedai kat Tmn Tun Aminah tuh? Kem salam the geng yea.. Tentang gambar, insyaAllah, akan Kak Nora usahakan.Muah... Muah... Muah... Thanks for your endless support...

8. Kak Ju => InsyaAllah, saya dah simpan akak punya email. nanti kalau jadi class kat JB, saya akan email.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net