Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Feb-2009 20:20 Email | Share | Bookmark
Majlis Makan Malam & Pertandingan Sulaman Manik Kristal

 


Bagi pihak Pn. Rozita Jaafar, Pengetua FTIMdC, saya sebagai salah seorang AJK, ingin menjemput adik-adik dan kakak-kakak menghadiri Malam Ulang Tahun yang ke 10 FTIMdc dan juga menyertai Pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal FTiMdC 2009 . Butir-butir adalah seperti yang tertera di bawah:-


TARIKH : 4 April 2009 (Sabtu)
MASA : 8 Malam
TEMPAT : Tun Rahah Grand Ballroom
Tkt 1, Menara Yayasan Tun Razak
Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur
(Berdekatan dengan Prince Court Medical Centre)

TEMA : TRADISI DAN GLAMOR
HARGA TIKET : * RM70.00 SAHAJA


(* Bagi yang ingin menyertai pertandingan, wang penyertaan pertandingan tidak diperlukan. Anda hanya perlu membayar duit tiket untuk ke majlis tersebut).

Acara gemilang ini diadakan julung kalinya bersempena meraikan ulang tahun FTIMDC yang ke-10 tahun. Bagi menghargai sokongan yang tiada penghujungnya dari kaum wanita yang menjadi tonggak kejayaan Puan Rosita Jaafar selama ini, anda dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pelbagai acara dan hadiah-hadiah yang menarik yang akan disediakan yang akan menjadi salah satu memori yang akan dikongsi bersama. Malam yang bertemakan "Tradisi dan Glamor" ini juga memberi peluang kepada para pasangan masing-masing untuk menghargai segala pengorbanan isteri dalam membantu suami menjana pendapatan sampingan demi keluarga tercinta.

Walaupun ada di kalangan para wanita ini yang menjadikan arena Sulaman Manik dan Labuci ini sekadar hobi, anda juga dijemput hadir bagi meluaskan kelompok rakan-rakan anda untuk berkongsi idea, pendapat mahupun pengalaman yang diperolehi. Ironisnya, ianya pasti menyumbang ke arah peningkatan tahap gabungan idea dan produktiviti para hadirin yang hadir.

Sekiranya anda berminat untuk hadir untuk majlis pada malam itu, mahupun berhasrat untuk memasuki pertandingan, apa yang perlu anda lakukan :

1. Print borang berkenaan, faxkan kepada saya di 03-76253543 (Attn to Pn. Nora) . (sila pangkah di kotak yang berkenaan). ATAU email kepada saya di nora.beads@yahoo.com
2. Anda boleh membuat pembayaran terus kepada saya di akaun Maybank 101 208 206 973 NORA ABD RAHMAN
3. Emailkan kepada saya tentang butir-butir transaksi yang telah dilakukan beserta dengan nama penuh, alamat dan no. tel anda.
4. Selepas pengesahan, kad undangan akan diposkan ke alamat anda. Sekira pihak anda tidak menerima kad undangan tersebut dalam masa 7 hari selepas tarikh transaksi dilakukan, sila hubungi saya dengan kadar segera.

Salam sayang from
Noramanik @ AJK

“Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai malam yang gemilang ini’’

Quote:

For those yang minat jahit manik... silakan... tunjukkan bakat yang terpendam... jangan takut2 ... jangan fikir aku tak pandai... takut kalah... sebab kita tak boleh predict apa yang akan berlaku di masa hadapan... Mana tau, dah tersurat memang rezeki u all, InsyaAllah... Kita tak cuba, kita tak tau peluang atau untung nasib kita kan... Bila kita terlewat, andai orang lain dah rebut peluang tuh... Jangan rasa ralat... kalau aku masuk pertandingan nih... sure aku pun boleh menang. Hah!!! kan rugi bila kita tak cuba... No harm trying kan... In fact inilah masanya u all nak mencuba bakat dan mengukir nama... Sesiapa yang berminat, u all boleh contact I for more details.


Quote:

1. Kak Izan@BNTB=> Sorry, baru perasan entry nih semalam masih unpublised. Hope you will get the info. Thanks for your early bird registration. Hope to c u and the rests and insyaAllah, secara tak langsung pada malam itu, your dream to gather all the beaders terlaksana juga. Bestnyer.... Jomlah beaders yang lain... Masa nihlah kita nak jumpa. Kalau nak gather reramai dalam satu masa, belum tau lagi dapat ke tidak... maklum ajelah... masing2 suma ada family and committment lainkan. Hope malam tu, kita boleh spend our OWN sweet time .. Larikan diri sekejap, untuk satu malam jea for our ownselves. Betul tak?

2. Sally=> Sally, Pls email me your home add. Thanks for your payment. FTIMdc dah acknowleged received your payment which you have made since last month.

3. Umi@Pepari=> La... Umi nih Pepari ke... (Baru tau bila tengok doc. yang u fax). Okay, thanks 2u2. Bestnya nampaknya ramai beaders nak datang... Boleh kita kenalkan sesama kita kan and share the same interest.

4. Ain=> Ain, Iowa, , sorry lambat reply. Anyway, hopefully u boleh baca entry kali ini dengan lebih jelas.

5. Sally=> Sally, thanks for your help!!!

6. Faridah=> Sorry lambat balas… Anyway, thanks for your offer. Really appreciate it. I wish if I can have a class in Sarawak sebab I never been to Sarawak (the only state in Malaysia yang I belum pernah pergi. Can u email me your no please, boleh discuss further… Thanks again.

7. Kak Izan=> Hehehhehe, takper kalau dah bayar.. Mana-mana pun sama cuma bezanya siapa bayar kat I, I will post the card on behalf of FTIMdc. Kad kak Izan is on the way tau. Thanks for your endless support!!!!

8. Dayang=> Dayang, thanks for the payment. (Nuraizah pun sama…) Your card will be posted by FTIMdc kay. On the way. InsyaAllah...See u princess mermaid!!! (tak sabor nak nengok baju dayang!!! Mesti glamour abis!!!)

9. Yan Aziz=> Geram ehhh... Biasa jek yang... Kalau nak booking tempat bulan March and April dah penuh... Apa kata bulan May? (kalau u need it urgently, may be u can try tanya kat my support beaders list. Dia orang pun ada ambik upah jahit baju. Lawa2 diaorang jahit tau.

10. Farida=> Ada bukunya… nanti u dah bank in, just let me know the details of transaction and your add for my perusal. Thank you so much if you can come that night. All the way from Bumi Kenyalang. Thanks for your endless support.

11. Nora=> Jomlah join. sama ada join dinner ataupun competition. Kalau takut tak sempat siap, u set target, 1 hari 1 jam untuk baju pertandingan... janji 10 March 2009, Nora dah siap and submit to FTIMdc. Mana tau, insyaallah mudah-mudahan ada rezeki Nora.

12. Lieyzaa=> Alhamdulillah, terima kasih.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net