Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Jan-2009 07:37 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS SESSI 1/2009 - 10/01/2009

 
 
 
 
Terima kasih saya ucapkan kepada peserta-peserta yang datang pada class sulaman manik dan labuci (asas dan lanjutan) yang diadakan pada 10 Jan 2009 (Sabtu) yang lalu. Peserta kali ini juga ramai yang datang dari sekitar KL, Putrajaya dan Selangor, Kak Erra dari Rawang dan Kak Zie yang sanggup datang dari Ipoh demi memperluaskan pengetahuannya dalam sulaman manik dan labuci.
Namun kepada peserta2 yang tak dapat join kerana terdapat masalah yang tidak diduga pada saat-saat akhir, don't worry, nama2 u all akan dicarry forward for next class. Semoga kesihatan2 orang-orang yang dikasihi akan beransur sembuh. InsyaAllah..

Kesungguhan mereka yang ingin berkongsi ilmu memang tidak dapat disangkal lagi kerana ada yang berkorban masa, demi memastikan mereka tidak sesat, Kak Zie dan Zyla survey tempat class yang diadakan sehari awal dan malah ada yang survey pada lewat malam.

Kepada Kak Mas yang so cheerful n very helpful, Asma dan Aniza yang dalam diam2 ubi terserlah bakat jahitannya, okay, lepas nih, lip lap lip lapkan baju masing2 yea...

Daripada survey yang diedarkan, sebahagian di antara peserta-peserta yang memang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, sederhana dan juga zero knowledge dalam bidang sulaman manik. Kepada yang zero knowlege tuh, mereka pada mula memang agak ragu2 mengenai keupayaan mereka sama ada bolehkah mereka melakukan sulaman manik/labuci seperti yang terdapat di sampel kain jahitan yang saya dan Lily lakukan untuk setiap class. Namun, alhamdulillah, berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta, siapa sangka mereka dapat menjahit teknik2 asas dan menjahit kuntuman2 bunga. Kepada kesemua adik-adik dan kakak-kakak yang pernah menghadirkan diri semenjak class saya yang pertama hingga ke-6 ini diadakan, secara jujur, pengorbanan wang, masa dan tenaga, meninggalkan anak2 dalam jagaan suami/maid dan keluarga, I feel so touched with all the sacrifices they have shown and insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya membayarnya kembali dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu /minat yang sama agar penat lelah / pengorbanan mereka terbayar. Namun sekiranya terdapat kekurangan semasa class diadakan, sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya kehendak mahupun expectation adik-adik dan kakak-kakak, atau sekiranya terdapat persepsi "Indah Khabar Dari Rupa"... salam kemaafan zahir dan batin, saya dan Lily hulurkan.

Tahniah kepada Nita dan Mimi kerana memenangi cabutan bertuah dengan memperolehi sampel jahitan. Jangan tak tidur malam yea...

Ini sebahagian gambar2 yang dapat dikongsi bersama. InsyaAllah, more pictures coming up. Sabar yea..









Quote:

1. Aisyh=> Thank you Sya... Semalam ingatkan Sya datang... Sorry tak sempat call nak suruh Sya datang ke apa.., sebab kebuzyan amat..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net