Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Feb-2009 16:04 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS SESI 2/2009 - 31 JAN 2009

 
 
 
 
 
Alhamdulillah, dengan izin Allah, class yang diadakan telah berjalan dengan lancar, walaupun saya akui agak lewat memulakan kelas, kerana ada menunggu para peserta yang tiba lewat, justeru itu, salam kemaafan saya hulurkan atas kelemahan saya mengikut jadual yang telah ditetapkan. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya untuk kelas2 yang akan datang.

Namun begitu, buat julung kalinya, atas kesungguhan yang telah ditunjukkan, ada beberapa peserta pada kali ini walaupun tidak mempunyai pengalaman menjahit manik, telah berjaya menyiapkan sebanyak 20 + 1 teknik dengan lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Namun begitu, bukanlah semua sebab masih ada lagi yang betul2 memerlukan bimbingan yang lebih khusus agar mereka tidak ketinggalan dan betul2 memahami setiap teknik yang diajar. Biarlah banyak mana soalan yang ditanya, dan ada juga dikalangan mereka yang dipaksa menyiapkan sesuatu teknik sehingga berkali2 sampailah mereka memahaminya sebab pada saya, mereka memang sepatutnya menerima kembali ilmu, setimpal dengan wang yang telah dilaburkan. Justeru itu, pertanyaan mengenai sulaman manik/labuci bukan hanya setakat terhenti setelah kelas dijalankan, malah sekiranya ada lagi yang masih keliru dan memerlukan jawapan walaupun setelah habis kelas dijalankan, bolehlah call atau email saya.

Sessi pada kali ini juga diserikan dengan kehadiran RJ yang membawa khabar gembira kepada mereka yang membeli tiket darinya pada hari tersebut. Katanya ada surprise yang dijanjikan kepada pembeli yang bertuah pada hari tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kerana RJ sentiasa memberi peluang kepada kaum wanita mendalami ilmu sulaman mahupun jahitan dan seterusnya mendorong para wanita menjana pendapatan sampingan untuk keluarga tercinta.

Kepada Zura B2B, Kak Ita @ Roza Beads, walaupun mereka sudah pun mempunyai pengalaman menjahit dan telah mengambil tempahan, mereka sudi datang ke kelas saya bagi mendalami teknik yang cepat dan mudah difahami.

Sesetengah orang, memang terang hati, belajar melalui buku dah pandai, tapi terus terang, saya sendiripun kalau belajar melalui buku rasa macam tak puas, mana tau kalau2 kita tersalah buat kerrr... Sebab tu saya memang nak sangat belajar teori and praktikal dari RJ sendiri, insyaAllah... sampailah sekarang saya masih lagi menimba ilmu dengan beliau... Banyak yang saya perolehi pengetahuan... berkongsi pendapat / tips dan pengalaman dari beliau.

Thanks to Zai Manik, Kak Siti Zaiton, Kak Ita, Zura and Wati for buying the tickets pada hari Sabtu tuh. For Kak Fauziah, (peserta yang masih lagi tajam matanya memasukkan benang di lubang jarum yang halus... walaupun akan bersara dalam tahun depan dan menimang cucu tak lama lagi... Cayalah Kak... Semoga bila akak dah bersara dan punyai masa senggang yang lebih, makin banyak lagi baju akak yang berkilauan.

To Kak Sharifah Amnah yang willing to pursuade her niece, Sharifah Atikah, to prolong her stay for one more day to attend my class before Atikah could drive back to UTM Skudai. To Mimi, yang nampak stay cool, come with zero knowledge in beadings (if i am not mistaken)... but surprisingly she is one of the students yang siap jahit dengan pantasnya but of course with minimum error and with fine finishing.

Lucky Draw (Sample Kain) kali ini berjaya dimenangi oleh Sharifah Atikah & Kak Fauziah. Manakala lucky draw manik pula (disumbangkan oleh Zai Manik) ... di menangi oleh Sharifah Amnah and Wati..

Okay viewers, enjoy the pictures...












Quote:


1. Kak Dzila=> Hehehe, akak kenal eh diaorang... Pusing2 kat situ gak...

2. Cikgu Diana=> Sama2... Cikgu dah dapat buku2 tuh, nanti jgn luper study yea... (lama tak dengo perkataan meraban... ) Diana, jomlah join dinner 4 April tuh, kita get to know with beaders yang ramai akan datang pada malam tuh... Bolehlah kita bertentangan mata... Pasal class tuh, insyaAllah, akan diusahakan dibuat dlm cuti sekolah nanti.

3. Zura B2B=> Zura, sorry my fault jugak sebab tak verify dengan u sama ada u dah dpt map thru email yg. I hantar. Anyway,suma dah selamat, semoga u akan terus membeading walaupun sibuk dengan peranan2 utama yang disandang oleh u... Carrer woman, wife and mum, student, beader... Pergh... U are really great...Super Mum!!!

4. Ruby=> Salam Ruby, tak jugak everytime ada class, RJ dtg sebab dia teramatlah buzy. Dia datang pun dah 1001 rahmat dan mampu menggembirakan student yang teringin benar nak bersua muka dengan RJ. Alhamdulillah...

5. Kak Dzila=> Alhamdulillah, rezeki depa... Mungkin rezeki kita kat channel lain pulak...

6. Mimi=> Terima kasih Mimi... Apa2 pun response atau feedback dari Mimi mahupun x-participants yang lain, amatlah dihargai dan dialu2kan bagi memperbaiki kelemahan dan kesilapan Kak Nora semasa kelas dijalankan. Anyway, Mimi keep on beading, congrates... and bolehlah nanti share baju yang Mimi dah jahit, bagi kak Nora tengok k.

7. Cikgu Diana=> InsyaAllah, ada rezeki, kita bersua yea..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net