Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Feb-2009 15:11 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS SESSI 3/2009- 14/02/2009

 
 
 
 
 
Assalammualaikum,

Terlebih dahulu, salam kemaafaan kepada kawan2 yang hadir ke kelas saya pada 14 Feb. 2009 dan pengunjung2 FP Noramanik, kerana agak lewat untuk mengupdate entry mengenai After Class Sessi 6/ 2009.

Alhamdulillah, class yang diadakan pada 14 Feb berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta2 kebanyakkannya dari (class pertama hingga sekarang)yang mudah mesra walaupun baru bersua muka di antara satu sama lain. Mungkin juga sebab minat kita yang sama…... Well, frankly speaking, saya memang seronok sangat jumpa kawan2 baru, esp. yang mempunyai hobi yang sama… Macam2 tips, pengalaman, ilmu yang boleh diperolehi. Kadang2 ada yang saya tak tau, bila borak antara satu sama lain, hah… boleh dapat ilmu baru. Melalui feedback yang dijalankan, ada yang suggest macam2… best.. I appreciate sangat2 dan akan diperbaiki pada masa class yang akan datang.

Sekali lagi kehadiran RJ pasti menyemarakkan lagi suasana… Terima kasih yang tidak terhingga kerana RJ sudi mencuri masanya untuk bersama2 peserta2 pada kali ini. Dan yang pasti ada lagi tuah yang dibawanya bersama2....Siapa yang bertuah.... kita tungguuuu....

Terima kasih kepada hampir kesemua peserta yang sudi meluangkan masa untuk bersama2 meraikan majlis makan malam FTIMdc pada 4 April 2009. (Don’t worry, no. Hp. Akan diemailkan pada u all semua bagi memudahkan u all berhubung antara satu sama lain). Malah ada juga yang berhasrat untuk bertanding, dan ada yang malu2 nak ke tak nak masuk pertandingan sulaman manik... Kepada akak dan kawan2 lain yang malu2 tuh, yang tak confident nak masuk pertandingan... Hmmm... rugi tak cuba, sekurang2nya u all mencuba peluang daripada membiarkan peluang itu berlalu pergi... cewah!!!!

Terima kasih kepada peserta2 yang datang ke kelas saya pada hari itu, Ina dan Mai yang sentiasa tertunduk malu, tersenyum2.... Nanti kita jumpa malam dinner tu yea. Dah pandai jahit manik nih, buat satu baju yang penuh manik untuk malam dinner tuh yea...

Kak Mosheeda, peserta unggul yang begitu pantasnya menjahit meninggalkan peserta2 lain... jauh kebelakang. Penat saya kejo akak... memang laju..mungkin akak dah biasa jahit, dan semoga tempahan akak lepas nih akan bertambah murah dan diberkati hendakNya. Saya dah linkkan akak punya Blog kat FP saya yea. Thanks for sharing your FP. Same goes to Zai yang juga merupa biras kepada Kak Eta @Roza beads. Thanks Zai sebab sudi join class kak nora selepas kak eta dtg kelas Kak Nora. (Sempat lagi bawakkan legging yang begitu cute, tak payah nak beli on line, Lagi satu, welcome to the club, kak nora dah link Blog awak).

Buat Suhana and Normah, hmm... dah boleh jahit baju MIL and menyiapkan projek t-shirt yang akan dihiasi dengan sulaman manik bermotifkan cupcakes... Well Done...!!! Thanks to Kak Ani dan Asmah , all the way from Taman Yayasan, Segamat, semata2 untuk mendalami ilmu sulaman manik. Kak Ani nih macam battery energizer sebab masa malam tuh, saya tengah check email, tetiba nampak nama dia dah appear in chatting room. Kalau saya dah surrender, start journey in the morning from Segamat, sehari suntuk bergelumang dengan manik.. Lepas class kena drive all the way from Puchong to Segamat. Terror… terror…. To Kak Ani yang sentiasa looks energetic.

Sambil2 tuh, kepada sesiapa yang bakal bertunang, atau yang ingin melangsungkan perkahwinan, terutamanya mereka yang tinggal di daerah Segamat dan sewaktu dengannya, yang ingin mendapatkan perkhidmatan Andaman Pengantin dan Rawatan Kecantikan, bolehlah menghubungi Kak Ani, 019-761 1122, (Galeri Andamam Pengantin)

Kehadiran Zai Manik juga tidak dapat dinafikan dapat melengkapkan suasana. (Betul ke ayat saya nih... sebab dah puas pk nak tulis apa...) senang citer like bread and butter la.. Bagi memudahkan peserta mencari manik /labuci bagai, membuat pilihan.

Seperti biasa, cabutan bertuah sample jahitan jatuh kepada Pn. Norazlina dan Maisarah.
Bekas Manik pula, (disumbangkan oleh Zai Manik) goes to Normah and Zai Butterfly beads.

ok everybody, happy viewing.











Quote:

1. Ija=> Takper... cikgu duduk belakang, bagi chance depa duk depan, sebelah RJ. Apa kes anak didik derhaka... kita kan teman seperjuangan.... . Lamanya engkau 'menghilang'... welcome back babeh...

2. Kak Ani=> Takper, urusan yang penting, kita kena dulukan... Selamat Bertunang to Asmah, kak Ani memang tangan berseni, buat apa pun menjadi... Congrates.. Insyaallah, mana tau ada lagi function ni mcm ni next year, kak Ani boleh join kalau tak sibuk dengan schedule kak Ani yea.

3. Diana=> . Cuti sekolah nih free ker... Insyaallah, kalau schedule kak nora tak padat, Kak Nora buat pada musim cuti sekolah. Tapi kalau terlalu sibuk untuk untuk tolong RJ sempena majlis pada 4 April nih, Kak Nora kena frezze dulu class untuk sementara waktu.

4. Azmir=> Salam Perkenalan Azmir. Good luck in whatever u do.

5. Siti=> Salam Perkenalan Siti... Thanks for your complement. . Nak tumpang iklan... ??boleh... silakan...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net