Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Mar-2009 09:14 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS SESI 4/2009, 7 MAC 2009 (SATURDAY)

 
 
 
 
 
Assalammualaikum

Terlebih dahulu, saya memoon maaf terutamanya kepada peserta Kelas Sulaman Manik dann Labuci entry mengenai kelas yang telah diadakan pada 7 Mac 2009. Kekangan masa yang dilalui menjadi salah satu faktor utama.

Alhamdulillah, kelas yang telah diadakan pada minggu lepas telah dihadiri oleh 9 orang telahpun berjalan dengan lancar. Sekali lagi dengan kehadiran Pn. RJ pada kali ini sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan di kalangan peserta dengan pengalaman yang telah dikongsi oleh beliau, disamping RJ ’turun padang’ bagi menjayakan lagi majlis yang akan diadakan pada 4 April 2009 (Sabtu).

Buat pertama kalinya kehadiran Pn. Hajah Jara, peserta yang paling senior berumur 65 tahun dan Kak Sophie membuatkan saya terfikir sejenak dan ’memboosterkan’ / menyemarakkan lagi minat saya dalam ilmu sulaman ini. Hopefully para peserta yang hadir juga turut merasai apa yang saya rasa. Usia tidak mengenal dan menghalang erti jemu dan minat yang ada bagi mengapai ilmu.

Rata-rata peserta yang hadir ke kelas saya, selain ingin menambah ilmu dalam bidang sulaman manik & labuci, mereka juga memang mengambil tempahan menyulam manik/labuci. Ada juga yang berhasrat untuk menjahit sendiri demi kepuasan diri. Malah ada yang datang ke kelas saya juga terdiri daripada tenaga pengajar sulaman manik/labuci. Apa2pun tahniah dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan yang diberikan.

Kepada Nyna, finally u manage to come and complete your lesson till the end of class. Congratulations on your pregnancy.

Pada 2 good friends, Ayu and Wawa, thank you for coming as early as 8.45 am.

To Feezah and Zura, akhirnya kita bertemu jua setelah beberapa kali call/sms/email to check out which date u are available to come.

Kepada mereka yang hadir pada hari tersebut yang telah memberitahu blog / fp masing2, seperti Am, Kina dan Azura. Please check your name under my Support Beaders List. Welcome to the club ladies. Jadi kepada peserta yang telah mempunyai blog atau FP, if u are willing to share your very own blog, please forward your details to me okay?

Akhir kata, kepada peserta2 sesi 4/2009, terima kasih atas masa anda yang amat berharga kerana sudi datang ke kelas saya. Sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan yang ’dikesan’ sewaktu kelas diadakan, salam kemaafan saya dan Lily hulurkan.

Pada mereka yang mungkin secara tidak sengaja terbawak balik kain jahitan yang seharian telah dijahit oleh kawan kita, Kina pada hari itu, pls call me. Mungkin ada yang tak perasan, kena check balik dalam paper bag masing2.... Kesian kat Kina, hasil yang dipelajari pada hari itu, missing in action. Sabar yea Kina, mana tau ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah, semoga kain Kina akan diperolehi dalam sedikit masa lagi...

My last words, enjoy the pictures...












Quote:

1. Feezah=> Thanks Feezah and congrat sebab dapat sampel kain for lucky draw. Bolehlah Feezah gunakannya for your reference.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net