Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Apr-2009 06:41 Email | Share | Bookmark
KENANGAN TERINDAH

 
 
Tengahari tadi saya keluar dengan Lily g kedai bunga reben kat Jalan TAR untuk persiapan barang-barang untuk kelas yang akan diadakan pada 19 April nanti. Kalau ikutkan hati memang tak larat nak pergi, lebih2 lagi kalau pergi seorang diri. Nasib baik ada Lily yang sudi menemankan.

Waktu lunch yang begitu terhad, kami mengorak langkah dengan penuh 'sopan santun' ke kedai berkenaan. Kalau sesiapa yang pernah pergi kedai itu, mesti tau cara nak memilih manik/labuci bagaikan...? Kalau tak kena mencangkung memang tak sah.... Bila dah selesai memilih, saya bangun balik.. Tiba-tiba pandangan mata nih rasa nak pitam, nak pengsan pun ada.. Bukan nak pengsan dek kerana sibuk memilih manik, tapi nak pengsan tengok orang yang saya admire berada di depan mata.

Saya terus bagi isyarat mata kat Lily suruh pandang belakang dan tengok sapa orangnya. Macam tak percaya penyanyi pojaan hati ku dari zaman saya anak dara sampai sekarang, berada di depan mata, mula memilih pelbagai jenis barangan. (Saya pasti beliau baru sahaja tiba)

Nostalgia bersama kawan2 di ITM Perak, 13 tahun yang lalu terukir kembali. Boleh dikatakan tiap-tiap hari pasang kaset penyanyi tu. Kalau weekend tak tak pergi ke mana2, saya dengan kengkawan (Arwah Murni, Along, Marsha, Achik, Gia, Kak Eyta...) ligat memainkan kaset lagu-lagu beliau (sepatutnya radio yang dibelikan ketika itu digunakan untuk drill shorthand / trengkas, tapi apa ada hal....), kaset terus diputar berulang-ulang sampai boleh dikatakan kitaorang hafal semua lagu2 dia. (siapa kata kami tak practise trengkas/shorthand...Practise apa... dictate lirik2 lagu Aishah dalam trengkas merupakan satu latihan bagi kami jugakkan...
Kesian kaset tu..Kalau kaset tu boleh berkata2... "Oiiii... sudahlah.. penat aku layan korang sehari suntuk!!!!" ... Dan disebabkan minat dengan kelunakan suaranya jugalah, saya abadikan namanya pada puteri tunggal saya, Aisya @ Ain Nuraisya.

Saya tak nak cerita panjang lagi, jom tengok saya jumpa siapa hari nih di Kedai Bunga Reben. Penyanyi yang bukan sahaja memiliki suara yang merdu tapi ramai juga sudah mengetahui beliau mempunyai bakat dalam bidang kraftangan. Beliau dulu mula dikenali sebagai Aishah and the Fan Club.

Okay, saya nak share gambar nih bagi u all tengok yea... Sorry kak Aishah sebab kacau your shopping time....But if I don't grab this opportunity, I think I won’t be able to have this kind of experience anymore. Thank you for not letting me down. You are so nice and sooo friendly…

Okay, kawan-kawan... silalah menjamu mata... saya dengan penyanyi pujaan saya, Aishah di Kedai Bunga Reben.

Yang lebih menyeronokkan lagi... "I got 'something' personal from her"!!!!








Salam,laa dia post gambar kita yang tak bersolek kat website dia ka hahaha,ok xpe nak buat macam mana muka dah gitu,gitu jugaklah.Sayangnya 19hb ni I tak dapat join kelas tapi tak pe next class insyaallah kita akan datang berguru.Sajalah nak menambah ilmu.


Thu 16-Apr-2009 14:56
Posted by:Aishah aishahjmm@yahoo.com

For the past few days, Kak Aishah makes me smile all day long.....


Quote:

1. Kak Dzila=> Cantikkan gelang tuh... . Collaboration dengan dia...? Uih... Best kan kalau cam tuh.. Insyaallah.....

2. Fyna=> Terima kasih... Keep on beading yea... and keep on visiting my FP.

3. Kak Izan BnB=> Cuba tengok statement kat atas tu... ... Comment from penyanyi Aishah... itulah dia something personal from her.... InsyaAllah, ada jodoh kami bertemu kembali..

4. Yan=> Yan... tu... tuh... sila baca statement kat ataa...

5. Kak Eta=> Tet!!! Tet!!!!! Salah... dia bagi phone no. dia la... sebab nak tanya further about my class.. Sebenarnya saya tak nak cakap dulu, sebab kita hanya merancang, Allah sahaja yang menentukannya, InsyaAllah... saya akan kembali menemui Kak Aishah disuatu masa nanti... Doa-doakanlah yek...

6. Ayu=> Fuh... memanglah seronok dek..

7. Balkis=> A'ah Kis... best giler...

[b]8. Diana[/b=> Suara kalau dah sedap, nanyi lagu twinkle twinkle little star pun sedap...







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net