Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-May-2009 03:11 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS SESSI 06 - 26 APRIL 2009, SUNDAY

 
 
Salam kemaafan sebagai pembuka kata. Banyak berita yang hendak dikemaskini namun apalah daya kudrat yang ada ini tidak mampu melakukan terlalu banyak tugas dalam satu masa. InsyaAllah, sikit demi sedikit saya akan cuba kongsikan untuk tatapan pengunjung setia Noramanik FP yea.

Sehari selepas Ladies Day Out diadakan pada 25 April 2009 (Sabtu), saya telah menganjurkan satu kelas khas untuk teman baru saya, Puan Annt Abdullah yang datang dari Kota Kinabalu, Sabah semasa kunjungan beliau ke Pesta Buku di PWTC. Demi tidak menghampakan harapan beliau yang datang dari jauh, saya gagahkan juga mengadakan kelas pada 26 April 2009 (Ahad). Semuanya secara kebetulan... kita hanya merancang dan segala ketentuan datang dariNya. Pada mulanya memang niat di hati ingin berehat di hujung minggu, namun satu panggilan telefon dari Puan Ant 3 hari sebelumnya, telah menggerakkan hati saya dan seterusnya saya mula menghubungi rakan2 lain yang pada awalnya telah memilih 26 April 2009 untuk kelas Sulaman Manik. (Ingat lagi tak bila entry saya memberi pilihan sama ada kelas hendak diadakan pada 19 atau 26 April 2009). Tiada sedikitpun kesal mahupun terganggu yang terpalit dalam hati saya malah saya amat berbesar hati kerana dapat berkenalan dengan kawan2 yang datang dari jauh. Puan Ant dari Sabah, Sal dan Hani dari Pahang dan Ai dari Negeri Sembilan. Hanya 4 orang sahaja yang hadir, dan syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diperolehi pada hari itu.

Kepada mereka yang membaca, janganlah disalahtafsirkan kenapa saya tidak mengadakan entry iklan mengenai kelas pada 26 April 2009 kerana masa yang suntuk dan ketiadaan pembantu setia saya, Lily membataskan saya mengambil ramai pelajar seperti kelas2 sebelumnya. Persiapan barang2 untuk kelas juga diadakan last minute, tapi alhamdulillah di samping Allah memudahkan urusan saya, dan juga sokongan dan berkat jamu Cap XYZ, buat pertama kalinya saya melakukan semuanya dari A-Z sehinggalah menjemput Puan Ann di LRT Bukit Jalil dengan ditemani Hani yang pada masa itu baru sahaja sampai ke tempat kelas diadakan, sehinggalah selepas habis kelas, saya menghantar mereka berdua ke Tesco Puchong dan juga hotel penginapan Puan Annt.

Sepanjang kelas diadakan, suasana diserikan dengan celoteh dan gelagat Hani yang memang kelakar, deraian ketawa sentiasa mengiringi pertemuan kami pada hari itu. Malah sempat lagi kami menempah baju dengan Hani yang juga merupakan seorang tukang jahit yang tersohor di kawasan perumahannya. Ai juga merupakan usahawan kain2 sutera batik... Dia tak bawak stok kain jualannya, hanya kebetulan, sebelum balik dia terpandang ada kain sepasang lagi kain sutera yang tidak terjual dalam kereta yang dipandu suaminya. Dengan langkah kelam kabutnya dia terus memberi kain kepada Hani, nak terus tempah kat Hani untuk koleksi baju rayanya, tak payah pos2 katanya. , akhirnya kain tersebut bertukar tangan, apabila Pn. Annt berkenan dengan warna yang menjadi kegemarannya dan terus membelinya dari Ai. Alahai Ai terkebil2, macam tak percaya Pn. Annt sudi membelinya. (Takpe Aii... awak kan tokeh, banyak pilihankan...) Saya, Hani dan Sal hanya melopong dan tersengih2 menyaksikan drama pendek petang itu.





Quote:

1. Kak Annt=>Kak Annt, It's okay bah... don't worry. Wah baguslah.. dah semakin banyak tempahan. Semoga rezeki akak juga murah selalu... Salam sayang dari saya... Keep in touch k..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net