Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-May-2009 04:17 Email | Share | Bookmark
AFTER CLASS SESSI 07 - 1ST MAY 2009 (FRIDAY)

 
 
 
Kelas di Skudai yang diadakan pada 1 May 2009 (Jumaat) merupakan kelas kali yang ke-2 diadakan. Akhirnya dapat juga saya membuat kelas di JB setelah sekian lama menanti. Sebenarnya dah lama tak balik JB selepas CNY. Jadi di kesempatan cuti panjang pada hujung minggu, di samping agenda asal ingin berjumpa keluarga tercinta, saya luangkan sedikit masa untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin menyertai kelas saya di JB.

Terima kasih kepada mereka yang hadir. Separuh daripada yang hadir ada yang pandai menjahit malah ada yang tidak pernah langsung memegang jarum menjahit manik. Semoga ilmu dan baju2 contoh yang dikongsi bersama ini, dapat membawa manfaat kepada rakan2 yang baru saya kenali, Kak Mahnita, Noraini, Raudah, Tasz, Irene dan juga tak lain tak bukan, Hanim, merupakan peserta pertama sekali mendaftar kelas di JB.

Seronok buat kelas di JB kali ini. Pelbagai ragam, pengalaman dan ilmu yang dapat dikongsi bersama. Lily yang hadir dengan kasut sebelah lain, sebelah lain... membuatkan kami ketawa terdekah2. Maklumlah nak cepat, takut ramai yang tiba awal. Pada mulanya hanya saya dan Lily sahaja yang tahu, tapi pecah tembelang apabila Lily memberikan alasan kenapa dia tak nak duduk apabila mengambil gambar beramai2. Di tambah lagi, masing2 tak cukup tidur kerana selepas waktu kerja pada hari Khamis, jam 10.30 malam kami memulakan perjalanan dari Puchong. Jangkaan kami, bolehlah sampai Skudai pukul 1.30 pagi tapi akhirnya kami tiba 3.30 pagi akibat kesesakan teruk di highway Seremban dan juga di exit tol Kulai kerana berlakunya kemalangan yang ngeri. Biasanya bila sampai rumah, kami menghabiskan masa berborak sehingga azan Subuh, tapi memandangkan saya tidak mahu mencipta sejarah menjadi ”Zombie Skudai”, maka terpaksalah saya meminta izin untuk melelapkan mata.

Akhir kata, salam kemaafan kami pinta seandainya terdapat kekurangan semasa kelas diadakan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi kat JB yea.







Quote:

1. Lily=>

2. Hanim=> Sama-sama Hanim... InsyaAllah, kalau balik JB, bolehlah borong manik kat kitaorang yek. Dah pergi ke kedai kat Tun Aminah tuh...?

3. Kak Izan BnB=> Cantik eh tudung tuh...? Tengoklah sapa tukang jahitnyer... Memang puas hati dengan quality yang Kak Izan persembahkan... Bravo sis!!!!

4. Kak Eta=> Yealah... rindu nak borak sakan bertentang mata... cewah!!!! Nanti kita jumpa geng Cik Kiah next time yea... Wah!!! Bisness baik... Okay, nanti saya singgah jap rumah Kak Eta...

5. Reen=> Salam Reen, InsyaAllah, kalau buat class kat JB, Kak Nora contact awak yea...

6. Hanim=> Promote, jangan tak promote. Semoga rezeki sentiasa diberkati dan dimurahkan Allah selalu. Amin...

7. Siti=> Siti, meh bagi awak punya email or contact no. Kalau ada class kat JB, kak Nora boleh call awak to notify as what I did to my students in JB. Diaorang dah bagi no hp and email awal supaya Kak Nora boleh bg.tau bila nak buat class kat JB.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net