Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Jul-2009 04:04 Email | Share | Bookmark
SELEPAS KELAS SESSI 11/2009 - 27 JUN

 
 
 
 
Assalammualaikum,

Kini tibalah saya mengupdatekan berita mengenai kelas saya di Sungai Petani yang telah diadakan pada 27 Jun 2009 (Sabtu). Alhamdulillah, berkat doa ibu saya dan kawan2, saya selamat sampai ke sana dan berjumpa dengan kawan2 di Sungai Petani, dan secara tak langsung saya dapatlah saya melihat dan menjejakkan kaki saya di sekolah yang banyak berjasa kepada Datuk Khalid Jiwa. ( tetiba laks masuk citer pasal Datuk K...)

Nak dijadikan cerita banyak lah pulak kisah ‘jejak kasih’ sesama kami ketika kelas berlangsung. What a small world kan… Kedatangan saya ke Kedah hanya ditemani suami tercinta, BJZ. Namun jangan salah faham, ini kerana beliau tidaklah terlibat sama semasa sessi pembelajaran sedang dijalankan. Lily tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Inilah julung2 kalinya saya sampai ke negeri orang untuk berkongsi ilmu sulaman manik dan labuci. Macam tak percaye… Maklumlah tiba di Sg. Petani waktu malam, mana nak nampak pemandangan sawah padi terbentang luas. Bila pagi2 tuh, semasa dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Pekula Jaya, bagaikan mimpi… bukan kerana saya tak pernah jejakkan kaki ke Kedah, tapi cuma kali ini agendanya berlainan… Syukur Alhamdulillah..

Suasana di kelas agak ceria. Maklumlah orang Johor nak catch up dengan bahasa Kedah... kalau yang biasa2 tu bolehlah paham, tapi kalau yang ‘piau’ punya tuh... saya terpinga2... lebih2 lagi dengan Fusha punya bahasa..., tu dia... sampai kami suma pakat gelakla.. Bukannya apa... she is soooo.. very the lemah lembut and selamba... jadi bila keluar perkataan tuh, kami macam tak percaya yang dia nih ada jenis kelakar jugak..

Buat yang lain2 Cekgu Lynn, Kak Adah and Khuzaimah, thanks for your hospitality. Kak Farah yang rupa2nya satu company dengan saya (but different branch) pun saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang dari Taiping. Buat Fiezah, Kak Lilycea and Nor Shuhadah, thanks for your participation @ support.

Malam tu ingatkan nak pergilah berjalan2 ke rumah saudara di Sungai Petani. Plan tak menjadi...setibanya saya di bilik hotel, saya terus ’pengsan’ sampai ke pagi.... Mungkin akibat demam yang belum kebah lagi sebelum saya ke Kedah. Sejuk sampai ke tulang... Kejap demam, kejap tidak... Apa2pun, saya bersyukur kerana pembelajaran berjalan dengan lancar dan tepat habis pada waktunya.

Terima kasih atas sokongan kawan2 di Kedah. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Akhir kata kalau ada kesilapan atau gurauan yang membuatkan u all tersinggung, saya memohon maaf atas segala yang berlaku.






Quote:

1. Farah=> Thanks Farah.

2. Imas=> Imass orang SP ker? Yes, Selamat Berkenalan.

3. Kak Noor@Lilycea=> Thanks 2u2 kak and our new friends in SP.

4. Lynn=> Bestnyerr Lynn... Bertuah Lyn dapat balik SP and mengajar di bekas sekolah Datuk K. Baju Siti bling2 jugak ke hari tuh... ? Baju Lyn pun sure mengerlap ngerlip gak kan...? Keep in touch k...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net