Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Jul-2009 07:38 Email | Share | Bookmark
KELAS SESI 12/2009 -18 JULAI 2009

 
 
 
 
Kelas yang diadakan pada 18 Julai 2009 (Sabtu) merupakan kelas saya yang terakhir kerana saya akan membekukan seketika aktiviti kelas sulaman manik dan labuci untuk menumpukan perhatian saya terhadap baju-baju raya pelanggan yang sedia ada.

Sambutan kelas yang terakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan pada 22 Ogos ini, amat menggalakkan. Respons yang saya terima mengatakan mereka ingin menjahit sendiri baju-baju raya mereka setelah ramai 'beaders' diluar sana tidak dapat lagi menerima tempahan raya. Sesetengah yang hadir juga merupakan 'beaders' yang ingin menceburkan diri dalam dunia sulaman manik dan labuci dengan lebih serius bagi menjana pendapatan sampingan. Dan ada juga yang sekadar memenuhi masa lapang @ hobi mereka.

Ada di kalangan beaders yang hadir, mereka membawa baju2 pelanggan / ahli keluarga yang sudah disulami manik/labuci, menunjukkan hasil sulaman yang mereka hasilkan... secara peribadi saya juga mengagumi daya creativiti mereka. Apabila ditanya apakah mereka mempunyai laman web mereka, malang sekali mereka tidak ada laman web masing2. Namun apa jua alasan yang diberikan, rugi sekiranya anda tidak mengambil peluang yang disediakan. Sekiranya anda ingin mempelajari tutorial FP dengan lebih lanjut, anda boleh clik di AriffMan. Saya juga pasti ramai kawan2 kita boleh berkongsi ilmu walaupun ada di antara mereka ini tidak pernah bersua muka.
Bagi mereka yang telah memberikan FP/blog etc. masing2, thanks for sharing. Pasti ramai yang tak menang tangan menerima tempahan raya nih... Keep on beading ladies....

Akhir kata, terima kasih kepada mereka yang hadir pada hari Sabtu lepas. Sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan saya dan Lily pada hari itu, salam kemaafan saya hulurkan.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir pada kelas2 yang dianjurkan sebelum ini, InsyaAllah, kita jumpa lagi selepas raya. Kepada mereka yang meminati sulaman benang, nantikan kelas saya selepas raya. Kelas sulaman manik dan labuci tetap juga diadakan. Kepada mereka yang ingin hadir pada kelas akan datang, anda boleh menghantar email, memberi butir2 hp dan nama supaya senang saya menghubungi anda.

Salam,
Nora








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net