Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Aug-2009 13:39 Email | Share | Bookmark
MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBARU RJ

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Majlis pelancaran buku terbaru Rosita Jaafar Teknik Melakar Corak Sulaman Labuci, Kristal, Benang pada kali ini diadakan di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lalu (9 Ogos 2009). Pada majlis hi-tea tersebut juga, beliau ingin mengambil kesempatan sekali lagi bagi meraikan para peserta pertandingan Sulaman Manik dan Labuci. Setiap seorang dari kami diberi buku terbaru dari RJ secara percuma dan sekeping bingkai gambar yang telah dilekatkan gambar baju pertandingan. Tak terluah dek kata-kata kerana antara gambar2 baju yang terdapat dalam buku tersebut merupakan baju2 pertandingan kesemua para peserta. Tak sia-sia usaha kami yang bersengkang mata siang dan malam hanya kerana ingin mengambil bahagian pada acara yang telah diadakan. Menang dan kalah dalam pertandingan adalah adat, namun RJ tidak membezakan hasil penat lelah kami malah diberi penghargaan supaya kesemua hasil2 baju pertandingan dapat dimuatkan dalam buku terbaru beliau. Jadi kepada mereka yang tidak berpeluang melihat baju2 pertandingan bolehlah membeli buku terbaru RJ dari FTIMdc. Dan yang paling saya suka mengenai kandungan buku ini adalah teknik melakar corak pelbagai jenis bunga, penggunaan warna dengan lebih terperinci dan sebagainya.

Disamping itu juga saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada RJ atas usaha beliau bagi menaikkan martabat wanita melayu. Disamping mendorong kaum wanita mempunyai pendapatan sampingan, beliau mengharapkan agar seni sulaman manik, labuci dan benang ini tidak ditelan zaman dan boleh diperturunkan dari zaman ke zaman... InsyaAllah...

Dan yang bestnya jugak, dapat jumpa geng2... Apa lagi sesekali berjumpa... mulalah tak hingat dunia... rasa gayat berada ditempat tinggi sedikit demi sedikit hilang akibat leka berbual, menjamu selera disamping menikmati panorama ibu kota Kuala Lumpur. Apa yang penting, kami enjoy, dapat lupakan seketika kesibukan mengulit manik dan labuci pada hujung minggu... (takpe... pandai2lah kami catch up masa yang telah diluangkan bersama RJ dan kawan2. )

Pada geng2, ini jek gambar2 yang sempat dirakam, enjoy......

Quote:

1. Sarina=>Buku terbaru RJ, boleh dapatkan dari FTIM atau di kedai buku Popular / MPH.

2. Glamstarz=> Yeah... happy viewing

3. Lyana=> InsyaAllah, ada rezeki, kita jumpa lagi yea. Thanks for sharing / inviting. Nanti kalau senang2 kak Nora g FP awak.

4. Hanim=> Kalau nak cepat, boleh beli dengan FTIM terus.

5. Nariza=> Harga buku nih RM44.00. Skang FTIM ada bagi diskaun 20%.

6. Ayu=> Salam Ayu, yes, kita pun sama2 nak ucapkan terima kasih kat FTIM. Memang happening petang tuh, sekali sekala dapat jumpa beaders.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net