Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-Oct-2009 13:45 Email | Share | Bookmark
PASSION BLUE LILIES

 
 




Baju ini pada asalnya telahpun mempunyai sulaman manik yang ringkas di bahagian leher, tangan dan badan. Oleh kerana rekaan sulaman maniknya agak ringkas, membuatkan tuan punya baju ingin menambah lagi sulaman manik di bahagian leher dan tangan agar nampak lebih anggun dan bergaya.

Jika sebelum ini ada di kalangan peminat manik yang bertudung lebih suka menjahit mahupun menempah manik di bahagian tangan sahaja atas alasan sulaman yang dibuat di bahagian leher nanti tidak kelihatan apabila memakai tudung, mereka boleh mencuba design ini pula.

Design ini saya perolehi ketika melayari internet untuk mencari idea. Terpegun dan terpesona saya melihatkan kehalusan dan ketelitian jahitan beliau. Kalau u all tak buzy, jom kita pergi "Touch of Rezzazain D'Creation'. Saya pasti anda pun akan terpesona melihatkan hasil kerja beliau.

(Special thanks to Riehana. )

Quote:

1. Mira=> tq mira sweet2...

2. Reen=> Hahaha.... pembetulan... yang cantik bajunyer kan...?
InsyaAllah, cuti skolah memang nak balik JB. kalau balik JB, sure buat class benang and manik. Mungkin kena buat 1 hari for benang, 1 hari for manik. sebab bukannya boleh selalu balik JB.

3. Kak Ira=> TQ kak Ira. Bengkel kat Ipoh...? Tak brani nak cakap bila, tapi kalau ada kesempatan... InsyaAllah, nak sangat ke Ipoh... (terkenang2 teman...kat Ipohla tempat teman and kawan2 teman test nak ambik lesen kereta, masa zaman belajar kat Seri Manjung... once upon a timela..)

4. Mira=> a'ah kat rumah kedai tuh... best ek kat situ... Kelas kat bawah rumah.

5. Kak Eeda=> Salam lebaran kak... tima kasih... kak...

6. Kak Lina=> Tq jemput datang rumah awak. InsyaAllah, lelama design awak boleh mengancam..

7. Lily=> Eh... mesti mak nak suruh jahit 1 macam ni... Nanti balik sini, jgn lupa bawak baju mak k.

8. Glamstarz=> TQ Glamstarz, tak yah rasa2.. Buat jek..

9. Riehana=> TQVM. Lega big boss u suker. Maklumlah sebelum raya dah hantar tapi siap lepas raya. Seb baik dia tak rushing. InsyaAllah, baju lagi satu akan dimakeover lagi.

10. Nida=> Tq Nida, kak nora memang ambil tempahan. cuma kak nora akan open balik lepas raya haji. Skang ni pun, tempahan raya haji dah closed already. tak boleh nak tolak sebab diaorang dah book awal2. Kalau Nida interested, boleh terus hantar baju. InsyaAllah selepas hari raya haji, kak Nora siapkan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net