Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Nov-2009 07:21 Email | Share | Bookmark
KELAS SESI 142009 - 1 NOV 2009

 
our beading works - Lily & Nora
 
 
Wani, she reminds me of my favourite auntie.
 
Silalah menjamu mata menyaksikan aktiviti2 semasa kelas dijalankan. Kelas kali ini agak istimewa bagi saya kerana dapat menimba pengalaman berkongsi ilmu dengan salah seorang peserta yang kurang upaya. Masalah komunikasi menyebabkan menyebabkan ilmu yang disampaikan agak terbatas kerana saya kurang mahir menggunakan bahasa isyarat. Wani, yang dimaksudkan mengingatkan saya dan Lily kepada makcik kami. Adakalanya Lily sampai tersasul memanggil nama Wani kepada nama Ami. Frankly speaking, Wani makes us remind of our favourite auntie.

Maaf yea, saya selit sikit kisah semasa saya masih kecil. Saya mempunyai seorang mak sedara yang amat rapat dengan saya memandangkan umur kami sebaya. Kerana dia merupakan teman sepermainan saya semasa kecil, jadi sedikit sebanyak saya diajar dan sentiasa dimarahi dia. Dimarahi sebab may be dia selalu fed up bila saya suruh dia ulang apa yang dia cakap. Akhirnya kerana dia, saya pandailah sikit2. Saya masih ingat lagi, dek kerana dia fed up dgn saya, akhirnya saya siap diberi buku/kamus, dia suruh hafal lagi, saya rasa macam kena masuk periksa pulak. Dia kata senang nak borak. Kalau balik kampung, mau kami 'berborak' sampai 2-3 pagi. Tapi skarang, nih, jarang sangat dapat jumpa dia. Maklumlah masing2 dah ada keluargakan. Kalau balik kampung, kami mesti peluk sakan, masa yang terhad, membuatkan kami bertukar cerita, ketawa sampai keluar air mata. Makcik saya ni kelakar orangnya, I really miss my childhood with her. Maklumlah kat kampung di Batu Pahat, macam2 aktiviti boleh buat. Well, enough cerita pasal my favourite auntie, Hamidah yea....

Anyway, pada kawan2 yang hadir pada hari itu, terutamanya Cik Yam yang menjadi penghibur ketika saya, Lily, Kak Yati, Aishah, Kak Asnida, Hamizah, Wani dan Aniza sibuk concentrate menjahit, terima kasih dan semoga anda berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan. Sekiranya ada yang terkurang, tersilap, saya dan lily memohon maaf.

Terima kasih juga kepada Zai Manik yang sudi 'menemani' setiap kali kelas diadakan. Almost every classes dia datang, cuma hari Sabtu lepas tak dapat datang, anak dia, Hannah ada graduation day.

Salam, and enjoy your beadings!!!!








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net