Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Nov-2009 19:41 Email | Share | Bookmark
Laporan Statistik Kelas Sulaman FY2008 - FY2009

 
 
 
 
 
Assalammualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t, kerana tatkala laporan ini dijanakan menerusi data survey yang telah saya kumpul sejak saya adakan kelas pertama saya iaitu pada bulan November 2008 sehingga November 2009, diam tak diam, saya telah mempunyai lebih daripada 150-160 orang peserta yang telah menyertai kelas yang saya anjurkan. Walaupun bilangan ini tidak seberapa bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam arena sulaman ini, saya tetap bersyukur kerana masih dapat meneruskan bidang yang saya minati dan juga dapat membantu menyalurkan ilmu dan perkhidmatan mengenai dunia sulaman ini kepada mereka yang juga ingin mendalami bidang tersebut.

Untuk pengetahuan bagi mereka yang ingin menceburi di dalam bidang ini, apa yang boleh saya katakan bahawa anda masih belum terlambat. Rezeki yang Allah s.w.t berikan ada di mana sahaja sekiranya ada usaha dan tawakal bersertakan niat yang ikhlas, InsyaAllah. Dan Alhamdulillah, pada mereka telah menyertai kelas yang saya anjurkan dan sekiranya ilmu sulaman ini telahpun sedikit sebanyak mengubah hidup mereka dengan hasil upah menjahit mahu pun yang mengadakan kelas mereka sendiri, tanniah saya ucapkan. Dan juga sekiranya ada di antara peserta kelas saya yang merasakan bahawa mereka kurang menyerlah, jangan putus asa, sebaliknya buat assessment ataupun penilaian pada diri anda sendiri, berani menerima dan mendengar dahulu kritikan bila ada yang memberi dan seterusnya membuat penilaian kepada kritikan ataupun komen tersebut. Mana yang baik, kita ambil dan memperbaiki diri kita, Setuju?

Saya tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru@mentor saya, Pn.Rosita Jaafar kerana ilmu yang diberikan, semoga beliau sentiasa diberkati dan dilindungi Allah s.w.t. Tidak lupa juga kepada adik saya, Norlina@Lily - Lily Manik yang sentiasa bersama saya semasa susah mahupun senang. Kepada Zai Manik yang sentiasa bersama saya ketika kelas saya diadakan. Begitu juga secara tak langsung kepada suami saya, Bob Johan Zulkifli yang sentiasa memberi sokongan dan kata2 semangat sekiranya saya meminta pandangan bila saya dalam dilemma. Kepada mak n ayah saya yang tersayang pun, saya tak lupa. Doa dari mereka sentiasa dipinta agar perjalanan hidup saya sekeluarga dirahmati Allah.

Akhir kata, salam sayang daripada saya, semoga maju jaya dalam bidang yang anda minati dan ceburi dalam menghadapi hidup dan dugaan pada zaman yang penuh dengan cabaran ini, InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

*** Terdapat 17 soalan di dalam satu borang survey. Di bawah, adalah sebahagian daripada soalan-soalan survey tersebut. Data pada masa ini ialah data terkumpul dari 01/11/2008 sehingga 18/07/2009, Data bagi bulan seterusnya in-progress. Jumlah Peserta/Pelajar adalah Jumlah Peserta/Pelajar yang menyertai survey yang dijalankan bukan Jumlah Peserta/Pelajar secara keseluruhan yang menyertai kelas/kursus/latihan.















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net