Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Nov-2009 03:24 Email | Share | Bookmark
AFTER KELAS 4/2009 -7 NOV 2009

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalammualaikum,

Kebanyakan mereka yang hadir ke kelas sulaman benang kali ini merupakan mereka yang pernah hadir ke kelas sulaman manik / labuci sebelum ini seperti Kak Erra, Sally, Aishah, Kak Sheema and Mira. Manakala Kak Sarimah dan Kak Asiah saya baru berkenalan dengan mereka pada hari tersebut. Jadi tau2 jeklah bila dah jumpa kembali, macam2 cerita, dengan ada yang bawak kuih raya lah. Jadi sambil2 belajar, kami menjamu selera kuih muih yang sedap2 belaka. Terima kasih atas hidangan yang diberikan, semoga murah rezeki selalu.

Alhamdulillah, kelas pertama selepas raya ini berjalan dengan lancar. Frankly speaking, saya agak nervous jugak sebab dah lama tak buat kelas benang, jadi takut ada yang terkucil ker... tak cukup masa ker... Namun alhamdulillah, 15 teknik yang diajar dapat dipelajari dan sebelum pulang, mereka diarahkan mengulang kembali teknik yang mereka agak lemah, supaya mereka boleh memperbaiki kelemahan yang ada.

Ini adalah hasil2 yang mereka pelajari. Ada yang langsung tak pernah sulam benang, tapi hasil yang ditunjukkan amat kemas. (Masa saya mula2 belajar tuh pun, tak sekemas tuh..) Kepada mereka yang hadir, jangan serik, balik rumah, memang wajib kena ulang lagi teknik yang agak lemah. Cara dah dapat dah, cuma perkemaskan lagi agar nanti jahitan kita nampak cantik. Lagi banyak buat latihan, lagi kemas jahitan anda. Teknik pegang jarum dan benang pun kena tau. Biasalah kan macam saya jugak, buat permulaan tuh, memang kita terkial2 mana nak pegang jarum, pegang benang, nak pusing ikut mana... eh... macam2lah.. tapi bila dah tau cara, saya rasa u all lagi suka buat sulaman benang. Jadi pada mereka yang dah belajar sulam benang dan manik/labuci, bolehlah kombinekan ke dua2nya pada baju2 atau tudung2 u all nantikan..

Akhir kata, terima kasih atas sokongan kakak2 dan adik2 yang hadir dalam kelas saya walaupun untuk kali pertama mahupun kali kedua. Seandainya terdapat kesilapan kelemahan dari pihak saya dan lily, maaf dipinta. Raya haji nih bolehlah bergaya dengan sulaman benang pulak yea...

1. Gambar Ramai-Ramai


2. Gambar Hasil Sulaman oleh Peserta (a)


3. Gambar Hasil Sulaman oleh Peserta (b)


4. Lily & Mira (kakak kamal bionik) - gebu ek dia nih..


5. Dua orang cikgu - Kak Sheema and Kak Asiah..


6. Almond London versi terkini yang sedap sangat - ditaja oleh Kak Erra. (tahun depan bukak order, masukkan saya n lily punya nama eh.. (Sally punya kuih raya lupa nak snap. sorry dear... Penuh satu tupperware dia bwk dari Kuantan.)


7. Lily, Kak Erra and Kak Sarimah


8. Nora, Sally (tgh preggy 5 months, comelnyer perut dia), Kak Sheema & Kak Asiah


9. Opss with Mira jugak, gambar tadi tercicir dia tak masuk.


10. Hihihi... lintang pukang dengan benang2, buku2 atas meja...


11. Lily, Kak Erra, Kak Sarimah, Aishah (my SIL), Kak Sheema & Kak Asiah.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net