Want your
own Fotopage?






 
Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Apr-2010 02:58 Email | Share | Bookmark
KEBAYA NYONYA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalammulaikum...

Bestnya dapat pergi majlis Pertandingan Sulaman Manik yang diadakan pada 3 April 2010 di Yayasan Tun Razak. Dapat jumpa geng2 manik, dapat tambah lagi kawan2 yang sedia ada... kalau ada yang sebelum2 nih hanya dengar suara di hujung talian telefon, di alam cyber.. kali nih baru bersua muka. Macam dah lama kenal, hanya kerana minat sulaman manik, dapat menyatukan sillaturrahim di antara kita kan.. Alhamdulillah..

Kepada geng2 manik lain yang tak dapat hadir, huhuhu... sedih gak tak dapat jumpa. Nak buat macamana... masing2 ada yang sibuk dengan komitment yang sedia ada. InsyaAllah, kalau tak dapat jumpa this time, next year kalau Pn Rozita Jaafar (RJ), Principal FTIM buat lagi (mintak2lah buat lagi dan lagi.. dan lagi...) kita jumpa yea.

Alhamdulillah, pada hari tersebut, sewaktu pengumuman "Lady of the Day", nama saya telah disebut oleh Pn. Juanita selaku Pengacara Majlis untuk menerima trophy. Hmm...malu jugak nak ambik hadiah tuh di atas pentas kerana maakkkk oiiii panjangnya pentas (runaway) nak menuju ke arah RJ bagi menerima hadiah. Manalah tau, tengah2 jalan, alih2 tersembam kat karpet merah tuh... Nak tergelak pun ada bila teringat gurau senda bersama geng2 cik kiah seangkatan "Itik pulang petang"...

Last minute decision buat baju ni sementelah susahhhnyeeeee nak dapatkan kain kasa rubia / swiss voille plain colour, (menurut kata kawan2 yang pernah mencari kain tersebut untuk tujuan memasuki pertandingan). Waktu tuh saya masih belum cari lagi. Ada yang kata, kalau kat Singapore senang nak cari, melambak okay... Teringatkan kenalan cyber saya, Sutini a.k.a nescafeworld yang berasal dari Singapore. Walaupun tak pernah bersua muka, saya mencuba nasib, bolehker dia tolong carikan kain tuh untuk saya. Alhamdulillah, dia kata boleh. Dalam menunggu masa kain dihantar, saya pula telefon my tailor, Rozi di Sungai Buloh, boleh ke nak ambik tempahan last minute, dalam masa seminggu boleh siap ke? Rozi kata, she tried her best. Fuh... lega, settle satu masalah. Thank you to Sutini and Rozi sebab sudi bersusah payah tolong saya. Tanpa pertolongan u all, memang saya blasah jek pakai baju yang sedia ada.

Okay, jom tengok gambar baju saya nih yang secara tak langsung akan dipakai pada hari raya puasa tahun 2010 ni yea.

Sebagai panduan, pada mereka yang menghadapi masalah untuk pemilihan warna untuk sulaman manik/labuci, boleh merujuk buku RJ bertajuk Sulaman Kebaya Nyonya untuk dijadikan panduan dalam pemilihan warna. Ianya banyak membantu saya mempertingkatkan lagi pengetahuan saya dalam pemilihan warna manik dan labuci yang sesuai untuk diaplikasikan pada baju2 customer saya.

















Quote:

Terima kasih atas segala ingatan,…. Alhamdulillah atas segala kurniaan Illahi.

Untuk pertanyaan bunga yang menggunakan kertas gam tuh, ya, memang saya tekap bunga di kain batik pakai kertas gam. Kemudian, gunting dan iron di atas kain kosong. (sapa malas iron, sila guna gam uhu jenis glue stic). Lepas tu make sure tutup kain gam tuh dengan sulaman manik/labuci/benang. Kenapa saya pakai kain gam? Sebab saya nak pastikan bunga dan daun yang dijahit atas kain kosong tuh, nampak sama besar. Lagipun kain yang digunakan warna biru gelap, nak lukis pakai pen sedia ada, takut tak banyak membantu. Cara tercepat, boleh guna kertas gam.

Tentang kemusykilan nyonya meener, saya ingin berkongsi dengan anda gambar dan plat yang terpampar di trophy ini bagi menjawab kemusykilan anda.

Kepada mereka yang ingin menadaptasikan design yang sama pada baju anda mahupun pelanggan-pelanggan anda, sila kan. Tiada cagaran, bayaran atau wang pampasan dikenakan. Gambar-gambar baju yang dipaparkan selama ini adalah atas tujuan promosi / pemasaran untuk para pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan sulaman yang disediakan, dan juga perkongsian idea bersama pengunjung-pengunjung yang berminat dalam sulaman manik/labuci/benang.

Salam sayang,
Noramanik



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net