Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Jul-2010 07:19 Email | Share | Bookmark
ANGGUNNYA AIN

 
 
 
Baju ke 3 Azeanny. Kali ni Yan nak corak yang sama dengan baju Johan Pertandingan Sulaman Manik Labuci 2009 anjuran pihak FTIMdc. Kredit to cik adik manis, Ain. Cuma baju ni saya tidak mengaplikasikan sulaman benang. Kalau buat sulaman benang, memang nampak gaya, saya tak boleh menyerahkannya kepada Yan sewaktu Yan menyertai kelas sulaman manik/labuci/benang yang saya anjurkan di Kelantan baru-baru ini.

Jawapan yang sama ketika diajukan soalan kepadanya sewaktu Yan ingin menempah lagi baju raya. “Kenapa tak jahit sendiri walaupun dah masuk kelas”. “Takde masa” kata Yan. “Akak tak nak duit saya ke….? “ … Okaylah Yan, kalau nak bagi rezeki, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak, ye tak….?"

Okay, let’s see the pictures. InsyaAllah, akan diupload from time to time k. Buat yang sentiasa melawat FP saya, semoga penantian setia adik2 dan kakak2 dapat diubati. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang menjadikan gambar2 yang terdapat dalam FP saya sebagai insiprasi.





Quote:

1. Wan=> Tq Wan, Kak Nora pun stuju dengan pendapat Wan, colour combination memang penting. Ramai orang boleh jahit, tapi menghadapi dilemma kalau bab pilih colour. Kak Nora pun selalu pening dan penat nak pilih colour, sometimes it takes me few hours to choose the colours. Masih lagi dalam proses pembelajaran dalam memilih colour. Salah sorang cikgu Kak Nora kata, maximum colour is 3-4, tapi pelbagaikan ton warna.

2. Dana=> Tq Dana, sebab jadikan FP kak Nora salah satu sumber inspirasi.

3. Liza=> Kelas memang sentiasa ada dalam bulan Julai ini. Cuma kak Nora tak publish dalam FP, sesiapa berminat boleh call. Kelas diadakan hanya pada hari Sabtu atau Ahad. Kelas terakhir akan diadakan minggu terakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan.

4. Mummy=> Sure mummy boleh…

5. Noris=> Waalaikumsalam, terima kasih and semoga Noris pun success dalam bidang sulaman dan dilimpahkan rezeki. Amin.

6. Lieyzaa=> Tq Lieyzaa, Untuk bunga ni ada 3 teknik yang telah digunapakai. Kelopak bahagian luar (1st layer) guna teknik labuci bersayap, 2nd layer, guna teknik sisik ikan, bahagian tengah/inti, boleh guna teknik cendawan/3 serangkai atau labuci bersayap (guna labuci mangkuk yang kecil berbentuk bunga).

7. Noriza=> Sebenarnya kak Nora bukan punya idea nih. Kak Nora ikut idea adik Ain kita, Johan pertandingan sulaman tahun 2009. Sesuai dengan title yang disandang, hasil sulaman Ain memang sangat halus dan tak puas mata memandang.

8. Kak Sarimah=> Kak Sarimah, takpe kak raya puasa ada 30 hari, paling kurang, mau ada 5-6 pasang baju raya akak. Design2 yang ada boleh dijadikan panduan. Sompek laie kalau nak jaet.

9. Kak Roza @ Kak Eta=> Salam kekanda yang baik budiman, alhamdulillah, saya sihat, dan semaikin SIHAT. Hint2.
Rumah terbuka, insyaAllah, apa salahnya kalau sahabat sekelian sudi bertandang ke rumah saya, semoga kehadiran semua membuatkan rumah saya sentiasa bersinar2 dipancari kilauan manik, labuci, kristal dan sebagainya. Sediakan spek hitam yea, untuk langkah keselamatan. Hahahhahaha

10. Nilam sari=> Terima kasih kerana meminati jahitan akak. Cuma akak ni tak menjual tutorial. Sekadar berkongsi tips dan ilmu sewaktu kelas dijalankan.

11. Fara=> Salam Fara, Untuk kelas di Kuala Terengganu, buat masa terdekat sehingga akhir tahun memang kak Nora freezekan aktiviti kelas di luar kawasan, hanya di Puchong Selangor sahaja. Tentang tutorial tuh, adik boleh membeli buku2 Rozita Jaafar yang lengkap dengan gambar dan teknik menyulam.

12. Halizda=> Terima kasih. Make sure eh... salah satu gambar2 yang Lizda print tuh, jadikan ianya kenyataan untuk baju Lizda, Insyaallah, sure boleh punya.

13. Zura=.> Waalaikumsalam, salam perkenalan jua... Kepuasan pelanggan menjadi kepuasan kita jugak. Penat lelah terbayar melihatkan pelanggan tersenyum puas.

14. Azie=> Tq Azie, frankly speaking, saya banyak pelajari teknik colour combination melalui observation di buku sulaman Kebaya Nyonya RJ dan buku2 sulaman2 yang lain. Selepas itu, mana2 bunga sulaman yang terdapat di kebaya Nyonya, telekung, tudung bawal dan sebagainya, saya jadikan panduan sewaktu menyulam baju2 customer saya. Selagi minat dan usaha yang belum pudar ini, selagi itulah ilmu sentiasa dicari. InsyaAllah.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net