Want your
own Fotopage?








 
Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  17  18  19  20  21  22  23  [24]  25  26  27  28  29  30  31  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Sep-2009 06:47 Email | Share | | Bookmark
BAIDURI PASSION - KAK ANA

 
 




1st baju raya Kak Ana. Sutera batik yang bersulamkan manik, acrylic stone dan mutiara. Kali ini saya gunakan pearl yang agak besar bersaiz 6mm. Saya mula jatuh cinta dengan mutiara yang bersaiz besar. Mungkin pada masa akan datang, saya akan cuba menggunakan pearl bersaiz 8 mm di baju saya sendiri, InsyaAllah... (Takut nanti kalau buat kat baju customer, mereka tak berkenan)

Quote:

1. Hanim=> Thank you Nim...


Wednesday, 16-Sep-2009 01:44 Email | Share | | Bookmark
WORK IN PROGRESS - KAK ZURAIDAH

With Dangling/Scallop
Without Dangling/Scallop
A little bit of SF touch
View all 4 photos...
TRANSFORMATION



Dear Kak Zue,

SF yang diminta telahpun siap. Hoping that u will be fully satisfied with the outcome. The dangling beads is still remain. It will look dull without dangling because u can see the empty space in betwen the layers (this is from my opinion).. Anyway, nanti masa kak Zue ambil, u can have a look first and determine to have it or otherwise... Agree?

Salam,
Nora
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Permintaan asal kak Zuraidah supaya baju ini dapat dihighlightkan bunga2 di bahagian badan dan SF di hujung lengan bertingkat dan beropol. Sebelum tiba giliran menjahit baju Kak Zur, fikiran saya ligat memikirkan bagaimana nak highlight corak bunga2 yang sudah sedia penuh di badan, sehinggakan apabila tiba giliran saya menjahit baju kak Zu, saya terlupa melihat kembali senarai yang perlu disemak sebelum menjahit baju2 customer.

Saya menjahit dahulu di bahagian tangan, sambil memerah otak, macamana nak menyesuaikan beading works di bahagian badan. Pada pemerhatian saya, corak bunga yang sedia ada memang penuh dan sekiranya saya menyulam manik/labuci, tidak banyak yang saya dapat highlightkan, (serupa macam "baik tak payah highlight"). Namun begitu, perhatian beralih kepada tangan baju agar kerja2 menyulam perlu diberi lebih tumpuan sebagai ganti kerana tidak dapat menyulam manik/labuci di badan. Setelah siap menjahit di bahagian tangan, saya menelefon Kak Zuraidah, memberi pilihan kepada Kak Zuraidah sama ada dia mahukan juntaian / scallop atau sebaliknya dan memaklumkan mengenai beading works di badan dengan sebab yang saya beritahu di atas. Ya Allah, ketika menelefon beliau, baru saya tersedar permintaan asal supaya tangannya di jahitkan SF tidak dipenuhi. Dalam pada itu juga, setelah Kak Zu melihat gambar di FP, kak Zu memilih juntaian/scallop dikekalkan dan SF tetap menjadi pilihan hatinya kerana beading works di bahagian badan tidak dapat dibuat.

Terkesima saya seketika, sayang pula nak membuka kembali manik bunga lawang yang telah dijahit. Sekali lagi saya 'membuat tawaran' kepada Kak Zu, agar saya tambahkan lagi sedikit sentuhan SF bersebelahan bunga lawang yang sedia ada kerana bunga lawang yang dijahit itu juga berdasarkan contoh bunga dan warna yang ada di kain itu.

Sekiranya kak Zu bersetuju dengan cadangan saya ini, saya akan teruskan menjahit dengan menambah bunga2 lily ini. Jika sebaliknya, SF yang menjadi pilihan dan pojaan hati kak Zue akan tetap dilaksanakan. Macamana pun customer is always right. As a customer, u deserve to get as what u wish with the amount that u pay.

Apa-apa pun saya memohon maaf kat Kak Zu atas kekeliruan yang telah berlaku. Semoga akak tak serik berurusan dengan saya.

Terlupa pula saya nak beritahu, saya mendapat idea untuk membuat bunga lawang ini dari blog Dila (one of my support beaders, Dilla Ampang. Thanks Dila, I like design tuh, sebab nampak macam sulam kerawang bila tengok dari jauh. Sebenarnya saya pernah buat for my mum last time, tapi bila tengok gambar bunga lawang nih kat blog Dila, terus jatuh hati…

Di samping itu juga hasil idea juntaian / scallop ini setelah menziarahi blog teman seperguruan yang telah lama dijejaki, Saridah @ Komander. Telah lama saya mengharapkan beliau mempunyai blognya (supaya dapat menyenangkan lagi job scope saya sebagai “The Pirate Beader”) . Fuh… leganya saya dapat tau beliau dah ada blog, itupun secara tak sengaja bila saya membelek satu persatu blog yang tersenarai di google. Melihat gambar yang memang saya kenali itu memang hasil tangan beliau, terus saya ke rumahnya tanpa segan silu… Ahah!!!!!! I got u Sis!!!!!! Cepat2lahh akak upload gambar2 baju, lama sangat “hibernate”.. tak sabar nak tengok hasil tangan champion kita nih…

(wi wit…. akak Komander kita lagi sorang tuh, Kak June, apa citer…. Dah ada blog? Kak June, kalaulah kak June membaca entry saya nih... salam jejak kasih.. Kalau akak dah ada blog, akak bagitau saya yek… boleh saya terjah rumah akak pulak….)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kak Zue,

Pls call me once akak dah decide nak pilih yang mana satu.







Tuesday, 15-Sep-2009 11:23 Email | Share | | Bookmark
Bunga Bintang@Merak - Ms. S

 
Sutera polos berwarna maroon ini diserikan dengan sulaman Bunga Bintang@Merak. Semoga si cantik manis tampak berseri di hari raya nanti.



Monday, 14-Sep-2009 03:29 Email | Share | | Bookmark
CRUMBLE DESIGN FOR DIANA

 
 
Credit for Umi Pepari. Umi Pepari
Minat sesangat dengan her well known "Crumble" Design. Speical thanks to Umi and Amira, Skudai for your guidance. Sila jangan betulkan skrin monitor anda... . Kelemahan pasti ada kerana saya budak baru belajar. Kalau salah... Umi sila comment....!!!! Thank you Umi.

Saya cuba mengaplikasikannya di baju Diana. Tumpuan sulaman hanya diberikan bahagian siku sahaja.

Gambar baju ke-2 Diana akan diupdate later atas sebab2 teknikal.







Monday, 14-Sep-2009 02:35 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - SALLY

 
Sally mengidam nak pakai SF. Takper badan Sally kurus, masih boleh bergaya dengan baju kurung bersulamkan SF pada pagi raya.

Alhamdulillah, Sally mengandung anak ke-3. Semoga Sally lebih berhati2 dengan kandungan kali ini dan selamat melahirkan baby yang sihat. Amin



[<<  <  17  18  19  20  21  22  23  [24]  25  26  27  28  29  30  31  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net