Want your
own Fotopage?








 
Selamat Datang Ke Dunia Sulaman Manik, Labuci & Benang@Noramanik



By: Nora Manik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Jun-2010 08:44 Email | Share | | Bookmark
SHIMMERING FLORA - ADLINA

 
 
 
Baju Ad yang ke2. Shimmering Flora hanya untuk tangan sahaja. Enjoy your view.






Quote:

1. Lieyzaa=> tq Lieyzaa... and congrats jadi the first one.




Thursday, 10-Jun-2010 11:32 Email | Share | | Bookmark
KAK ODIE

 
 
Asalnya baju ini mempunyai sulaman kerawang. Memandangkan Kak Odie kata warna benang sulamannya tak menyerlah, jadi dia memberi saya mandat untuk menaikkan lagi seri sulaman kerawang yang sedia ada. Jadi inilah hasilnya. Alhamdulillah, penat terbalas apabila Kak Odie benar2 gumbira dengan hasil kerjatangan saya.





Quote:

1. Kak Dzila=> Pewittt... tq2, cuba2 buat design lain pulak kak, mana tau boleh makin kembang idea lagi dan lagi..

2. Dana=> Sebenarnya permintaan dari kak Odie, dia kata dia nak contra colour e.g pink colour. Yes, 'taruhan'nya menjadi, memang betul kata Dana, sweet colournya.

3. Watie=> Thanks Wati, apa2pun, baju orang dik... bestnya kalau dapat kat baju sendiri kan...? Kalau dapat buat baju sendiri, baru kak Nora meletups.

4. Rozza=> tq2 for your compliment.

5. Azira=> tq Azira

6. Kak Sarimah=> tq kak...

7. Wan=> Tq Wan, yes agree dengan Wan, simple but elegant.
InsyaAllah, mudah2an sampailah jugak kak Nora ke Negeri Kelantan nanti. Kena belajar sikit2 cakap orang Kelantan, tapi takper, kawan2 office ramai orang kelantan n utara, dah biasa dengar dengar cakap kelantan.


Tuesday, 8-Jun-2010 02:36 Email | Share | | Bookmark
MS. EL

 
Sentuhan dari Lilymanik. Memandangkan tuan badan hantar last minute. Permintaan nak glamour tapi ringkas. So bila nak cepat, ini yang mampu disiapkan. Pergelangan tangan juga disulam pattern yang sama.




Tuesday, 1-Jun-2010 08:54 Email | Share | | Bookmark
Fantasy BeadsnLace

 
 
 
View all 4 photos...
Sehelai lagi baju Kak Sheeda yang hendak diglamourkan dengan juntaian kilauan manik. Buntu memikirkan corak apa yang sesuai kerana Kak Sheeda hanya nak highlight di bahagian badan dan pergelangan siku.

Kali ini saya menggunakan adunan kain lace, manik dan kristal di bajunya untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Manakala di bahagian lengan (cerut), saya tambahkan sedikit manik supaya tidak kelihatan terlalu kosong.

Okay ladies, enjoy the pictures.








Monday, 24-May-2010 09:09 Email | Share | | Bookmark
SULAMAN BENANG DI T-SHIRT

 
 
Ada 3 helai T-Shirt Muslimah yang hendak disulam benang di bahagian pergelangan siku. Yang 1st baju tuh memang dah lama siap dan dah hantar pada owner a month ago. Last minute owner hantar lagi 2 helai T-Shirt. Petang dapat baju tu, esok pagi2 dia nak baju tuh ready. Ingatkan setakat sulaman yang simple tuh bolehlah siap awal, tapi jenuh jugak nak siapkan... pukul 3.30 pagi baru siap.




Quote:

1. Umie/Mazura=> yea kak umie, memang manis dan cantik.... jom kak belajar benang pulak.

2. Lieyza Glitters=> Thanks sweetie...

3. Kak Izan72=> Putarrrr buk... jangan tak putarrrr... mata pun putarrr2 nak nyiapkannya, 3.30 pagi habis jahit... esok nak kerja..

4. Jie=> Bukan fulltime, part timer jek, tapi sebab dah special request, kenalah korban waktu tidur, tapi tak boleh buat selalu, pengsan akak dikkk..

5. KakMa=> Thanks for being my loyal follower.. Tak marah, malah rasa honoured pulak sebab KakMa sudi masukkan dalam blog list KakMa. Insyaallah, kalau memang ada banyak masa, memang selalu nak update gambar2 baju n tudung yang sudah dijahit. Stay tune k...

6. Kak Sarimah=> Kak Sarimah ni selalu bagi komen2 dia buat saya tersengih sensorang depan PC. Yea Kak, kalau nak buat bunga2 nih saya suka buat pakai 4 lembar benang sebab cepat siap dan nampak kembang semangkuk. Kalau buat 2 lembar, bunganya memang akan nampak tak cukup zat, oleh itu, silalah guna 4 lembar benang. Cepat dan cantik. Cewah!!!!!





[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net